Baru-baru ni admin ada cerita pasal seorang datuk bandar dekat Mexico yang terpaksa berjalan sekeliling bandar pakai skirt dengan blouse sebab gagal tunaikan janji manifesto kan?
Perkara yang hampir sama juga berlaku baru-baru ni di Siltepec, Mexico. Datuk bandar di sana Pedro Damian Gonzalez telah pergi ke bandar La Laguna untuk melawat tapi lain pulak yang jadi…
Menurut Mexico Daily News, sekumpulan penduduk di sana telah mengekori Pedro ke pejabatnya dan mula menangkap dia dan empat pekerjanya sebelum mengikat ahli politik ini di tiang di tengah dataran utama Siltepec.
Kalau korang nak tahu, ni dah kali kedua Pedro ni kena ikat dengan penduduk dekat sana tau. Tak makan saman betul.
Penduduk di sana menuduh Pedro telah salah gunakan dana rakyat untuk upgrade pejabatnya dan mengugut untuk cukur kepala datuk bandar ini sambil pusing satu bandar kalau dia gagal lagi tunaikan janji dia selepas ini.
Semasa Pedro diikat, penduduk meminta supaya dia memberikan bantuan kebajikan pada penduduk dan membetulkan sekurang-kurangnya dua kilometer jalan di bandar itu.
Namun, permintaan mereka ini ditolak kerana menurut Pedro, kalau dia keluarkan duit sebanyak tu nanti bajet majlis perbandaran akan ‘lari’.
Pun begitu, datuk bandar ini memberi jaminan yang dia akan betulkan jalan sepanjang satu kilometer dan berjanji akan bekerja dengan lebih kuat supaya dia dapat lebih banyak dana bagi menunaikan permintaan penduduk.
Bila disoal oleh media tempatan, penduduk di sana mengatakan yang dorang dah fed up dengan datuk bandar yang gagal tunaikan komitmen yang dijanjikan semasa berkempen. Betullah tu…
Perbuatan memalukan ahli politik ini adalah amalan yang biasa di buat di Mexico Selatan. Biasanya dorang akan malukan dengan menyuruh mereka memakai pakaian wanita sambil berjalan di seluruh bandar.
Patutnya kat sini pun buat juga, barulah ahli politik ni tak berani sangat nak janji benda yang dorang tak boleh nak tunaikan.
Baca: ”Mujur tak disuruh bogel” – Gagal Tunai Janji Ketika Kempen Pilihan Raya, Datuk Bandar Dihukum…