in

”Mujur tak disuruh bogel” – Gagal Tunai Janji Ketika Kempen Pilihan Raya, Datuk Bandar Dihukum…

Mexicooo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut saja pasal pilihan raya, mesti korang teringat balik janji-janji yang dibuat calon-calon pilihan raya ketika tu kan.

Haa ni kita tengok apa yang berlaku kat negara lain jika mereka gagal tunaikan janji tu jeng jeng jeng…

Dek kerana gagal menunaikan janji dibuat semasa kempen pilihan raya baru-baru ini, seorang Datuk Bandar di selatan Mexico dipaksa menyarung pakaian wanita.

Gagal Penuhi Janji Kampanye Wali Kota Ini Diarak Dengan Gaun Wanita Nyf
Sumber: astro awani

Hukuman itu dibuat selepas penduduk kawasan berkenaan yang berang terhadap Javier Jimenez kerana gagal memperuntukkan 3 juta peso (RM645,954) bagi kos penambahbaikan sistem pengairan bandar.

Tidak cukup dengan itu, Javier dan pembantunya, Luis Ton turut dipaksa berarak mengelilingi San Andrés Puerto Rico di wilayah Huixtan selama beberapa hari.

Tambah memalukan, “perarakan” berkenaan turut dirakam dan video berkenaan menjadi viral selepas dimuat naik ke media sosial.

Mexico
Sumber: facebook

Video berkenaan memaparkan Javier memakai skirt labuh berwarna hitam dan blaus putih bercorak bunga manakala Luis memakai gaun berwarna merah jambu.

Bagaimanapun, Javier sekeras kerasnya menegaskan dirinya tidak bersalah malah bersedia memberi kerjasama jika disiasat polis, memetik laporan Astro Awani.

Mexicoo
Sumber: facebook

Melihat kepada situasi berkenaan, rata-rata netizen berpendapat hukuman berkenaan juga perlu diaplikasikan di negara ini susulan beberapa janji yang gagal dibuat ketika pilihan raya lepas.

Screen Shot 2019 08 04 At 6.01.14 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.