“Kenapa you lari, kenapa you tak berhenti?”- Lelaki Kejar Kereta Sejauh 5KM Selepas Dilanggar Lari

Jadikan sumber pilihan di Google
“Kenapa you lari, kenapa you tak berhenti?”- Lelaki Kejar Kereta Sejauh 5KM Selepas Dilanggar Lari
Lobak Merah
Lobak Merah
"Kenapa you lari, kenapa you tak berhenti?"- Lelaki Kejar Kereta Sejauh 5KM Selepas Dilanggar Lari
Loading
/

Biasalah setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Namun setiap kesilapan boleh sahaja disusuli dengan permohonan maaf. Yelah kan buat apa nak rumitkan lagi keadaan.

Namun, hal yang sedemikian telah berlaku di sebuah lebuhraya di Pulau Pinang apabila seorang pemandu kereta melanggar seorang penunggang motosikal dan hanya melarikan diri tanpa memohon maaf.


Kereta 2
Sumber: Facebook

Dua rakaman video yang telah dimuat naik di Facebook menunjukkan seorang lelaki bertindak mengejar sebuah kereta Proton Satria sejauh lima kilometer gara-gara tindakan pemandu kereta itu yang tidak memberhentikan kenderaan selepas melanggarnya. Hmmm mungkin dia takut kot…

Selepas sejauh 5 kilometer dikejar, pemandu tersebut akhirnya akur dan memberhentikan kenderaannya di bahu jalan. Haaa reti pun berhenti kannn.

Kereta
Sumber: Facebook

Apabila digertak dan diajukan soalan bertubi-tubi, pemandu itu hanya mampu memberikan alasan bahawa kawasan itu tidak membenarkan kenderaan untuk berhenti. Aik takkanlah tak boleh berhenti sekejap kot. Dah nama pun accident.

Pemandu
Sumber: Facebook

Dek kerana takut dengan lelaki tersebut, pemandu berkenaan bertindak meminta bantuan dari motor yang lalu lalang di laluan motosikal. Mujur sahaja ada seorang lelaki berusia yang datang untuk menenangkan keadaan tegang antara mereka berdua.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut telah menyifatkan perbuatan pemandu berkenaan sebagai tidak berperikemanusiaan dan hanya melarikan diri apabila melakukan kesalahan.

A
Sumber: Facebook
B
Sumber: Facebook

Haih macam-macam. Tulah kepada orang diluar sana, kalau dah buat salah berhenti dan minta maaf. Keruhkan keadaan lama-lama pun buat apa kan?

Baca: Pemandu Kereta Langgar Lari, Heret Motosikal Hingga Keluar Percikan Api di LDP

Capture 37

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Nabilla Raihan
Semua tulisan Nabilla

Seorang yang ambivert dan kreatif dari segi penulisan dan lukisan. "On time" dan "goal driven" adalah moto yang sering diketengahkan gadis ini.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kenapa you lari, kenapa you tak berhenti?”- Lelaki Kejar Kereta Sejauh 5KM Selepas Dilanggar Lari
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kenapa-lari-kenapa-tak-berhenti-lelaki-kejar-kereta-sejauh-5km-selepas-dilanggar-lari/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen