in

“Lagi power dari penyanyi asal” – Netizen Terkesima Tengok Penyanyi Big Stage Dari Korea Ni Nyanyi Lagu Vroom Vroom, Power Gilaaa!

Big Stage Han Byul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang mengikuti program nyanyian Big Stage musim kedua, korang pastinya masih di awang-awangan mengenangkan persembahan hebat kesemua peserta semalam.


Antara yang paling menonjol pastinya Santesh dan juga penyanyi yang berasal dari Korea iaitu Han-Byul yang katanya telah mendapat standing ovation daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Judika! Wow bukan main ni! 

 

“Awak nyanyi lagu Melayu dengan sangat baik… dapat standing ovation dari 2 juri!”

Persembahan hebat daripada Han-Byul ini telah menarik perhatian netizen di Twitter yang rata-rata terkesima dengan kelebihan penyanyi Korea tersebut dalam menyanyikan lagu Melayu. Tak ada pelat langsung pulak tu! Clear je dia nyanyi lagu Vroom Vroom dari Nabila Razali ni. 

Han 1
sumber: twitter

 

“Menangis la Nabila Razali ni sebab ramai bilang Han-Byul nyanyi lagi sedap dari dia” 

Malah lebih mengejutkan, ramai yang cakap Han-Byul nyanyi lagu ni lagi sedap daripada penyanyi asal, Nabila Razali. Ops! Jangan marah ye Nabila. 

Han 2
sumber: twitter

Apa-apapun bagi korang yang meminati Han-Byul, jangan lupa saksikan Big Stage minggu depan okay! 

Baca: “Even the host is big” – Mark Adam Dikecam Sebab ‘Bodyshame’ Sherry Alhadad

Sherry

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.