in

“Kenapa keluar darah?” – Pelakon Buat Netizen Terkejut Sebab Upload Gambar Susu Berdarah Lepas Pam

Susu Berdarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ibu yang bagi anak susu badan sepenuhnya memang akan biasa dengan rutin pam payudara setiap hari. Selalunya mereka akan pam beberapa kali dalam masa sehari dan susu tu akan disimpan dalam peti ais jadi stok.


Tapi, seorang pelakon Thailand baru-baru ini mengejutkan ramai netizen selepas dia muat naik gambar stok susu yang baru lepas pam.

Menurut AsiaOne, Panward Hemmanee, 39, kongsi gambar tu dengan pengikutnya di Instagram untuk bertanya kepada mereka tentang susunya yang berdarah sebab itu pertama kali berlaku pada dia.

Susu2

Susu4
sumber: instagram

Kenapa ada darah beku keluar?”

Ramai netizen yang bagitahu mereka pernah lalui pengalaman yang sama dan ada juga yang nasihatkan Panward untuk pergi jumpa doktor secepat mungkin.

Ibu kepada 2 anak ini kemudian memberitahu apa yang menyebabkan perkara itu berlaku. Selepas pergi ke klinik, doktor terangkan pada Panward yang selama ini dia gunakan breast pump dengan cara yang salah.

Panward3

Panward2
sumber: instagram

Panward telah menggunakan sedutan yang terlalu kuat menyebabkan broken capillaries dan cracked nipple. Capillaries itulah yang menyebabkan darah bocor bercampur dengan susu badan.

Saya salah. Saya sangka kalau guna sedutan paling kuat akan mempercepatkan proses mengosongkan susu dari payudara dan boleh elakkan masalah tersumbat.”

Saya cuba tahan sakit (ketika mengepam), saya sangka perkara tu normal. Tapi sekarang saya tahu tak perlu pun buat macam tu. Saya mengaku walaupun dah ada 2 anak, masih banyak benda saya tak tahu.”

Namun menurut doktor yang dijumpainya, perkara itu bukanlah sesuatu yang serius. Jadi, lepas kejadian tu Panward pam je susu macam biasa.

Susu3
sumber: instagram

Siapa pernah kena macam ni?

Baca: “Kau patut simpati, bukan hina!” – Netizen ‘Judge’ Ibu Bagi Anak Minum Susu Pekat, Tapi Kena Kecam Balik!

Anak Susu Pekat Manis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.