“Kau patut simpati, bukan hina!” – Netizen ‘Judge’ Ibu Bagi Anak Minum Susu Pekat, Tapi Kena Kecam Balik!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Siapalah kita untuk judge kehidupan orang lain, especially kalau tak tahu apa yang mereka lalui atau kesusahan yang ditanggung. Tapi, seorang netizen telah mendapat kecaman selepas dia kongsi pasal nasib malang seorang ibu.

Melalui tweet yang makin viral tu, netizen tersebut tunjuk screenshot perkongsian seorang ibu yang terpaksa beri anaknya minum susu pekat manis instead of susu formula. Ibu tu bertanya macam mana nak bancuh susu pekat manis kalau nak bagi pada anak.

Saya nak tanya siapa biasa bagi susu pekat yang macam dalam gambar ni pada anak. Cara bancuh macam mana? Sebab susu pekat kan manis. Saya nak tahu cara bancuh saja.”

Dia juga ada pesan supaya orang lain tak tanya kenapa dia bagi anak susu pekat dan berkata nasib setiap manusia berbeza-beza. Kira maknanya, dia sebenarnya terpaksa bagi anak susu pekat macam tu.

Sumber: Twitter

Tapi netizen yang kongsi benda tu macam bagi ‘ceramah’ dekat ibu tu. Katanya kalau memang tak berkemampuan dari segi kewangan, merancanglah untuk ada anak.

Sakitnya hati baca ni ya Allah.. Anak tu amanah ye, bukan patung ko nak sesuka hati jaga. Bagi susu pekat atas alasan susah, takde duit. Dah tahu susah, tak mampu, merancang la. Anak yang jadi mangsa.”

Gambar hiasan

Tapi ‘ceramah’ dia tak dapat sambutan sebaliknya dia yang kena kecam balik dengan warga Twitter. Kata dorang, dia tak sepatutnya judge kehidupan ibu tu sebab setiap orang lalui dugaan yang berbeza.

Ramai kecam dia sebab hina padahal dia sendiri tak tahu apa yang dilalui ibu tu dengan anak dia. Dorang berpendapat dia sepatutnya cari inisiatif untuk buat orang ramai bantu ibu tu, bukannya sebarkan kebencian macam tu.

Sumber: Twitter

Apa pendapat korang? Admin just harap ada yang dapat jumpa ibu ni dan bantu. Tapi dengar cerita dekat KK ada bantuan susu formula? 

Baca: “Tak tahu cerita jangan buat andaian sendiri” – Bapa Jawab Kecaman Bawa Anak 4 Bulan Masuk Dusun Sampai Ditimpa Durian

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!