in

“Kenapa banyak manusia bodoh macam ni…” – 2 Remaja Khianat Sembur Serbuk Pemadam Api Dalam Mesin Dobi

Sembur Mesin Dobi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Kenapa banyak manusia bodoh macam ni..." - 2 Remaja Khianat Sembur Serbuk Pemadam Api Dalam Mesin Dobi
Icon Loader
/

Pada usia yang masih remaja, apa agaknya motif dorang nak buat khianat dekat perniagaan orang lain? Beberapa gambar dan video rakaman CCTV dimuat naik dekat Facebook menunjukkan 2 remaja membuat onar di sebuah premis dobi layan diri.



Sembur Dobi 3
sumber: facebook

“Ini salah satu perbuatan khianat 2 remaja lelaki meletakkan serbuk pemadam api di dalam mesin pengering di dobi sahabat saya di Melaka Raya.”

Ini salah satu perbuatan khianat 2 remaja lelaki meletakkan serbuk pemadam api di dalam mesin pengering di Laundry…

Posted by Tangga Batu Laundry on Monday, December 3, 2018

Kalau tengok dalam video CCTV yang tersebar tu, korang boleh nampak ada 2 remaja bawa alat pemadam api diletakkan dalam satu bakul berwarna merah.

Dorang tolak bakul tu sampai ke depan mesin pengering sebelum buka dan sembur pemadam api dekat dalam tu, satu persatu.

Lepas dah buat onar, dorang duduk dan tunggu dalam premis dobi tersebut, buat-buat tak tahu macam tak ada apa yang berlaku. Disebabkan perbuatan tak ada sivik mereka, 3 mesin pengering di dobi tu rosak dan terpaksa dibaiki.

Sembur Dobi

Sembur Dobi 1

Sembur Dobi 2
sumber: facebook
Pemilik dobi tu dikatakan dah buat laporan dan serahkan rakaman video CCTV tersebut kepada pihak polis untuk siasatan.

Netizen masing-masing marah dan tak faham apa motif nak buat perbuatan khianat macam tu tanpa sebab. Ada juga yang syak that dua orang budak tu tengah lalok sebab baru lepas ambil dadah. Hurmmm…

Komen Netizen 1 1

Komen Netizen 2
sumber: facebook

Kalau korang kenal atau jadi saksi tindakan takde sivik dorang ni, laporkan dekat pihak polis cepat! Tengoklah dan nilai sendiri perbuatan tidak bermoral dua remaja tu:

Baca: “Kurang ajar!” – Budak-budak Buat Perangai Tak Senonoh, Kencing & Curi Pakaian Dekat Dobi

Budak Tak Senonoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.