in

“Kurang ajar!” – Budak-budak Buat Perangai Tak Senonoh, Kencing & Curi Pakaian Dekat Dobi

Budak Tak Senonoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Kurang ajar!" - Budak-budak Buat Perangai Tak Senonoh, Kencing & Curi Pakaian Dekat Dobi
Loading
/

Sebuah video menunjukkan sekumpulan kanak-kanak buat perangai tidak senonoh di kedai dobi layan diri viral sejak semalam. Video tu dimuat naik satu akaun Facebook dan kejadian dikatakan berlaku di Jalan Haji Karim, Tawau.


Menurut Harian Metro, video rakaman CCTV berdurasi 1:22 minit tu memaparkan kumpulan kanak-kanak tersebut melakukan vandalisme dan perbuatan tidak bermoral di premis berkenaan.

Budak Dobi
sumber: facebook

Menurut pengurus dobi, Abdullah Mappiare, 27, kejadian tu bukanlah pertama kali terjadi dan sebelum ini pun memang kumpulan kanak-kanak yang sama juga pernah buat ‘projek’.

“Kejadian itu bukan pertama kali, malah sebelum itu kumpulan kanak-kanak sama kerap mencuri barangan untuk kegunaan dobi seperti cecair pelembut pakaian dan bakul.

“Walaupun mereka tidak merosakkan barangan dan peralatan dobi, tetapi saya khuatir jika sampai satu tahap mereka kencing dalam mesin pencuci pula.”

Eh dik korang ni nak jadi apa ah? Takde sivik langsung!

Abdullah juga kata dia pernah terserempak dengan budak-budak tu dan bagi amaran tapi langsung tak diendahkan. Lepas diberi amaran pun, mereka selamba datang semula beberapa hari kemudian dan buat benda yang sama.

Melalui rakaman CCTV tu, mereka boleh dilihat dengan jelas membuka satu persatu washing machine dekat dobi seolah-olah mahu ambil pakaian pelanggan.

Bukan tu je, salah seorang daripada mereka juga boleh dilihat pakai coli dan seluar dalam dipercayai diambil dari kedai dobi berdekatan. Entah apa motif dorang, tapi boleh nampak yang masing-masing macam bertindak melulu dan cuba nak buat dobi tu kacau bilau.

Buka Mesin

Budak Coli
sumber: facebook

Lebih menjijikkan, seorang budak lelaki dengan selamba kencing dalam tong sampah dekat depan dobi tu. Kata Abdullah, sejak dibuka tahun lepas, kedai tu memang selalu jadi mangsa vandalisme termasuk ada yang mencuri tong sampah, pakaian dan peralatan pelanggan yang tertinggal.

Budak Kencing
sumber: facebook

Dobi tu dibuka 24 jam, so Abdullah cuma ada masa untuk pantau sampai tengah malam saja. Lepas dia pulang, mulalah kumpulan tak bermoral ni buat ‘kerja’.

“Waktu antara 2 pagi hingga 4 kebiasaannya kelibat kumpulan kanak-kanak ini akan muncul. Selepas ini mungkin saya akan membuat laporan polis bagi mengelak kejadian tidak diingini.”

Apa nak jadi dengan budak budak ni? Tak faham macam mana depa boleh keluar berkeliaran pukul 2,3 pagi…

Baca: Lelaki Kantoi Curi Baju Dalam Wanita di Dobi Kuala Pilah dan Sorok Dalam Seluar

Featured Dobi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.