in

“Nak lawan England ni” – Skuad Norway Diserang Sakit Tekak & Demam Menjelang Suku Akhir Piala Dunia!

Syaz Ft 2026 07 08T130048.509

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas berjaya mengejutkan gergasi bola sepak dunia, Brazil di pusingan 16 terakhir, skuad kebangsaan Norway kini berada di fasa terbaik dalam sejarah bola sepak negara mereka.

Namun begitu, kegembiraan tersebut nampaknya sedikit terjejas apabila kem Norway kini dikhabarkan sedang berdepan cabaran tak disangka-sangka menjelang perlawanan suku akhir menentang England 12 Julai ini.


Artikel berkaitan: Erling Haaland Bantu Norway Belasah Israel 5-0 Dalam Aksi Kelayakan Piala Dunia

Artikel berkaitan: Tidak Dapat Genggam Piala Dunia Sepanjang Karier, Cristiano Ronaldo Menangis Keluar Padang

Pemain Diserang Batuk, Demam & Sakit Tekak?

Menurut laporan media Norway, Dagbladet, skuad kendalian Stale Solbakken itu kini terpaksa menguruskan isu kesihatan beberapa pemain yang mula menunjukkan simptom jangkitan sepanjang kejohanan berlangsung.

Images 16

Beliau sendiri tidak menafikan perkara berkenaan dan mengakui situasi itu agak kurang menyenangkan menjelang aksi penting mereka.

“Kami ada beberapa pemain yang rasa kurang sihat, tapi keadaan semakin membaik. Memang ia bukan situasi yang ideal sewaktu kejohanan sedang berlangsung, tapi kami cuba uruskan sebaiknya,” katanya.

Gara-gara ‘Air Cond’ & Jadual Penerbangan Padat?

Antara pemain yang terjejas termasuklah Jorgen Strand Larsen yang terpaksa terlepas perlawanan pembukaan menentang Iraq akibat demam panas, manakala Marcus Holmgren Pedersen pula tidak dapat diturunkan ketika menumbangkan Brazil atas alasan kesihatan yang sama.

Mengulas mengenai punca jangkitan tersebut, Solbakken menganggap faktor perubahan cuaca, penggunaan pendingin udara (air conditioning), serta jadual penerbangan yang padat merentasi benua Amerika Utara menjadi antara pendorong utama.

“Isu kesihatan ini berlaku secara berperingkat dengan beberapa pemain mengalami simptom batuk dan suara serak. Walau bagaimanapun, situasi seperti ini agak biasa apabila kerap menaiki penerbangan dan kerap berada di dalam bilik persalinan berpendingin udara.

Dengan lebih 50 ahli dalam pasukan, adalah perkara biasa jika ada dalam kalangan kami yang jatuh sakit,” tegas beliau.

Pencapaian Terbaik Dalam Sejarah

Untuk rekod, ini merupakan pencapaian terbaik skuad Norway dalam sejarah Piala Dunia apabila berjaya melangkah ke pusingan suku akhir buat pertama kali, mengatasi rekod terkandas di pusingan 16 terakhir pada tahun 1938 dan 1998.

Sumber: New York Post

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.