Bila sebut pasal sukan gimnastik, nama Farah Ann Abdul Hadi pasti sudah tidak asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, sebelum Farah Ann, negara kita ada seorang permata sukan tersebut yang tidak kurang hebatnya.
Nama Farrah Hani Imran mungkin agak asing, namun selepas dikaji sedikit latar belakangnya, korang pasti terkejut.
Okay berdasarkan hantaran Facebook Fdaus Ahmad mari kita kenali siapa disebalik nama Farrah Hani Imran ni.
Pemegang Ijazah Kedoktoran
Dr. Farrah Hani ni bukan calang-calang orangnya. Selain dari pernah mengharumkan nama negara di pentas sukan gimnastik, beliau juga merupakan graduan bidang perubatan dari universiti luar negara.

Fuhh.. jarang dengar doktor yang pakar bidang pembedahan plastik dan rekonstruksi ni. Bukan kaleng-kaleng!
Pensyarah kanan di UKM
Selain pernah mendapatkan pingat emas untuk negara, beliau juga telah menjadi rakyat Malaysia pertama yang dapat dua pengiktirafan penting dalam bidang perubatan.

Banyak betul jasa beliau kepada bidang perubatan negara. Boleh dikatakan pakar bedah juga lah kan sebab banyak jadi ketua kat hospital tu.
Pengurus pasukan Gimnastik Artistik Sukan SEA 2017
Disamping berkhidmat sebagai doktor, Farrah Hani juga tidak melepaskan peluang untuk kembali dalam bidang sukan yang pernah diceburinya dahulu. Bertindak sebagai Team Manager, dibawah kelolaannya 8 pingat emas telah menjadi milik Malaysia dalam Sukan SEA 2017.

Ingatkan dah pencen dari sukan gimnastik terus fokus kepada bidang perubatan. Rupanya kembali berkhidmat dalam sukan gimnastik. Secara percuma dan sukarela pulak tu. Massive respect!

Memang hebat lah Dr. Farrah Hani ni, banyak jasa yang dicurahkan kepada negara baik dalam bidang sukan dan bidang perubatan.
Segala apa yang dilakukan beliau boleh dijadikan contoh untuk kita lebih berjaya. Selamat maju jaya untuk Dr. Farrah Hani!
Baca: “Wow ada barbie doll!” – Netizen Tumpang Gembira Tengok Anak Patung ‘Custom Made’ Farah Ann