in

Kenali Chinchorro, Peradaban Pertama Di Dunia Buat Mumia, 2,000 Tahun Awal Berbanding Mesir

1Mumia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut pasal mumia, semua orang pasti mengaitkannya dengan tamadun awal di Mesir. Cara pengawetan mayat dengan membungkusnya dengan rapi memang sangat sinonim dengan negara timur tengah itu sehinggakan ada filem-filem yang dibuat berdasarkannya.


Tapi tahukah anda sebenarnya ada lagi satu peradaban yang jauh lebih awal menggunakan teknologi mumia ini di dunia? Haa.. Peradaban Chinchorro di Amerika Selatan dah buat mumia ni 2,000 tahun lebih awal dari Mesir tau. Korang boleh tengok info dan gambar yang dipetik dari Facebook World Life

Screenshot 2021 09 25 At 10.22.49 Am Screenshot 2021 09 25 At 10.22.58 Am Screenshot 2021 09 25 At 10.23.13 Am Screenshot 2021 09 25 At 10.23.26 Am

Memetik laporan CNN, penduduk Peradaban Chinchorro itu menetap di kawasan perairan teluk Atacama Desert kira-kira 7,000 tahun Sebelum Masihi dan mula membuat mumia sekitar 5,000 tahun Sebelum Masihi.

Screenshot 2021 09 25 At 10.23.35 Am Screenshot 2021 09 25 At 10.23.45 Am Screenshot 2021 09 25 At 10.23.58 Am

Lokasi terkini peradaban Chinchorro ini adalah di Chile. Berbeza dengan mumia di Mesir yang melibatkan golongan raja (firaun) dan elit, Chinchorro hanya penduduk biasa yang berburu untuk survival. Namun mereka ada cara tersendiri bagi menghormati si mati dengan me-mumia-kan jasad mereka.

Screenshot 2021 09 25 At 10.24.07 Am Screenshot 2021 09 25 At 10.24.16 Am Screenshot 2021 09 25 At 10.24.27 AmChile kini sedang berusaha mendapatkan pengiktirafan UNESCO untuk mewartakan kawasan bersejarah ini sebagai Tapak Warisan Dunia. Ini sekaligus mampu membantu kerja-kerja pemuliharaan di kawasan itu.

 

Baca: “Kejadian besar dalam tempoh seminggu” – Netizen Mesir Percaya Negara Mereka Disumpah Firaun Susulan Perarakan 22 Mumia

Screenshot 2021 09 25 At 10.38.52 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.