in

“Kejadian besar dalam tempoh seminggu” – Netizen Mesir Percaya Negara Mereka ‘Disumpah’ Firaun Susulan Perarakan 22 Mumia

Firaun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua tahu, sejarah pernah menceritakan tentang betapa hebatnya Firaun di Mesir dan kejatuhan mereka dek kerana ketamakan dunia serta kejahilan yang telah mereka lakukan di atas muka bumi ini.


Walau bagaimanapun, sejarah Firaun ini masih dianggap agung di Mesir sehinggakan ibu negara tersebut, Kaherah telah mengadakan perarakan pada hujung minggu lepas untuk meraikan warisan sejarah mereka ini.

51617512737 Kaherahmumia

Perarakan selama 40 minit yang membawa 22 mumia diraja ini ialah sebenarnya acara pemindahan mumia diraja dari pusat kota Kaherah ke tempat persemadian baru iaitu dekat Muzium Peradaban Mesir di Fustat.

Korang tengoklah macam mana dorang berarak di atas jalan dengan letak trak dihiasi sayap dan corak motif zaman Firaun. Siap ada hulubalang macam zaman Firaun betul-betul! 

168903686 1025848794614271 1308451683086764878 N

169118457 1025848931280924 3162286374003091828 N

169122127 1025848827947601 5286630738552973635 N

 

Netizen percaya Mesir terkena ‘sumpahan Firaun’? 

Walau bagaimanapun, di sebalik kemeriahan perarakan tersebut, sebilangan pengguna media sosial di negara itu menganggap bahawa beberapa insiden pelik yang kebelakangan ini berlaku di Mesir berpunca daripada ‘sumpahan Firaun’.

Ini termasuklah kejadian sebuah kapal kontena yang tersadai selama seminggu di Terusan Suez pada mingguu lepas dan kemalangan kereta api yang mengorbankan 32 nyawa di daerah Tahta, Sohag, Mesir.

71616723176 Containership
Mv ever given yang tersekat di terusan suez
Lead 137Cm
Kemalangan kereta api di mesir

Antara yang disebut pengguna media sosial di Mesir dengan satu kenyataan berbunyi seperti amaran,

Kematian akan datang dengan cepat kepada mereka yang mengganggu ketenteraman Firaun.” 

Malah ada juga yang terlalu serius dan mengeluarkan amaran seperti ‘Final Destination 2021: Sumpahan Firaun’.

Tiga kejadian besar dalam tempoh seminggu. Sumpahan Firaun atau Mumia berlaku kepada sesiapa yang mengganggu Firaun.” 

 

Pakar sejarah sangkal dakwaan ‘Sumpahan Firaun’ 

Pun begitu, dakwaan teori siri insiden malang yang terjadi disebabkan sumpahan Firaun ini telah disangkal oleh pakar sejarah Mesir, Zahi Hawass yang mendakwa sumpahan tersebut tidak wujud sama sekali.

Malah salah seorang personaliti di Mesir pula menafikan khabar angin tentang sumpahan kuno tersebut dan mendakwa pula bahawa Firaun sendiri telah memberitahunya secara peribadi yang mereka tidak marah dengan perarakan yang berlangsung baru-baru ini.

Sumpahan Firaun

Hmm pelik tapi sebagai umat Islam sebaiknya kita jangan lah percaya dengan perkara syirik ini. 

Sumber: Kosmo, Astro AWANI

Baca: Kapal Kargo Tersekat di Terusan Suez Berjaya Dialihkan, Netizen Malaysia Beri Cadangan Guna ‘Myvi’ Je

Suez

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Astro AWANI
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.