in

Kenali Ashley Peldon, Wanita Yang Jadikan Menjerit Sebagai Punca Pendapatan

Ashley Peldon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang nak tahu, bagi mendapatkan jeritan yang bersesuaian dengan babak sesebuah filem, ada individu istimewa tau yang akan dipanggil hanya untuk menjerit. Mereka ini digelar Artist Jerit dan seperti namanya, kerja mereka memang menjerit, tapi bukan jerit saje-saje tau. Ada ‘seninya’ dalam menjerit ni supaya penonton dapat feeling masa tengok movie.


5760 E1655530381897

Ashley Peldon merupakan antara individu yang dikenali kerana dia mempunyai jeritan yang tersendiri. Untuk pengetahuan korang, jeritan Peldon digunakan dalam beberapa filem terkenal seperti Scream (2022), Paranormal Activity dan Jurassic World (2015).

Ada bermacam cara untuk menjerit

Memetik The Guardian, segalanya bermula ketika Peldon masih kanak-kanak dimana dia telah ditawarkan berlakon dalam filem Child of Rage. Jelas Peldon, dia membawa watak penting yang memerlukannya untuk menjerit dan berteriak buat masa yang lama.

“Bekerja sebagai Artist Jerit ni macam jadi stuntman sebab bukan sahaja kerja kami susah sebab kena tahu bezakan jeritan ikut emosi, kami juga berdepan risiko kotak suara rosak.

Kadang-kadang Artist Jerit ni juga kena tahu macam mana nak buat satu jeritan tu nampak real. Kena tahu dimana nada suara kena nyaring sikit dan bila masa jeritan tu kena steady je buat masa yang lama,” katanya.

Scream Artist Ashley Peldon E1655530579309

Apabila disoal mengenai jeritan mana yang paling susah dilakukan, Peldon menjawab jeritan orang sedih paling susah nak dilakukan kerana jeritan mereka perlulah sarat dengan emosi.

“Walaupun susah, saya bersyukur juga sebab saya ada PhD dalam psikologi yang sedikit sebanyak membantu saya menyampaikan emosi yang tepat,” katanya. 

Peldon berkata, sepanjang kariernya dia belum pernah lagi hilang suara sebab banyak sangat rakam suara menjerit untuk mana-mana filem. Pun begitu, dia pernah kehilangan suara semasa menaiki satu permainan di taman tema Disneyland bersama anaknya.

Korang boleh tengok video Peldon masa tengok recording babak menjerit kat bawah:

Sumber: The Guardian

Baca: “Baru diorang tahu”- [VIDEO] Suami Cuba Rasa Contraction Waktu Bersalin, Baru Mula Tapi Dah Menjerit Tak Tahan

Cats 114 E1655526790462

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.