in

“Baru diorang tahu”- [VIDEO] Suami Cuba Rasa Contraction Waktu Bersalin, Baru Mula Tapi Dah Menjerit Tak Tahan

Cats 114 E1655526790462

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Proses nak melahirkan anak ini bukanlah satu proses yang senang macam petik jari terus siap. Memang wanita nampak sahaja macam lembut di luaran tapi dia punya kuat tahan sakit waktu bersalin itu memang Allah sahaja tahu.


Sesetengah lelaki tak faham bila isteri dia yang sudah mahu bersalin mengadu sakit tetapi diorang tak boleh buat apa-apa dan hanya cuma boleh bagi sokongan moral sahaja.

Disebabkan itu, ada seorang isteri ini yang nak suami dia rasa pengalaman sakit bersalin itu macam mana. Baru diorang tahu kan.

 

Baru mula dah jerit suruh berhenti

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh Nor Azny Aisy di Tiktok, suami itu dibaringkan atas katil sebelum dipakaikan satu alat simulator bersalin di bahagian perutnya.

@noraznyaisy

Hahahahah.. tu bru skit.. pmpuan berbelas jam than sakit kuat utk kluaq satu nyawa satu zuriat..#fypシ

♬ original sound – Nor Azny Aisy – Nor Azny Aisy

Si isteri yang sedang mengawal alat itu terus hidupkan simulator tersebut dan tiba-tiba suami dia menjerit dengan kuat sebab terkejut dengan kesakitan yang dia rasa ketika itu.

Waktu suami dia menjerit sebab terkesan dengan kesakitan ‘contraction’ itu, wanita tersebut makin galak pula sakat suami dia siap tukar-tukar tahap kesakitan lagi.

Galak Sakat

Disebabkan tak tahan dengan kesakitan ‘contraction’ itu, si suami berkali-kali minta isteri dia untuk berhentikan alat itu. Padahal baru pakai beberapa minit sahaja tau.

 

Ramai terhibur siap nak beli juga alat yang sama

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri tersebut. Bila tengok reaksi si suami itu, ramai yang nak bagi suami diorang rasa juga kesakitan ‘contraction’ siap nak belikan lagi tau.

Whatsapp Image 2021 06 30 At 4.01.39 Pm

Whatsapp Image 2021 06 30 At 4.01.27 Pm

Bayangkan perempuan kena hadap sakit tu berbelas-belas jam. Memang salute gila la. Tabik spring!

 

Sumber: Nor Azny Aisy

Baca:”Baru korang rasa kan”- Isteri Ikat Buah Tembikai Dekat Perut Suami, Supaya Tahu Bagaimana Jadi Wanita Hamil

Capture 77

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.