Suami memang ketua rumah tangga tapi itu bukan bermaksud mereka boleh layan isteri sesuka hati apatah lagi naik tangan sampai mencederakan. Tu dayus namanya!
Posting yang dimuat naik oleh seorang wanita dekat media sosial baru-baru ni menarik perhatian ramai orang sebab dia dedahkan perangai suami dia, seorang kaki pukul.
Menurut WORLD OF BUZZ, wanita dari Thailand tu telah dibelasah oleh suaminya hingga menyebabkan keguguran. Wanita berusia 36 tahun tu bekerja sebagai tukang urut dan memutuskan untuk berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa lepas dia jumpa seorang lelaki (kini suami dia) yang berusia 10 tahun lebih muda daripadanya.
Tanpa dia ketahui, suaminya tu ada perangai malas dan tak mempunyai pekerjaan tetap. Dalam keadaan mengandung tu, dia dipaksa untuk bekerja semula.
Bukan tu je, suami dia juga sentiasa minta duit padahal cuma duduk rumah dan tak buat apa-apa. Kerana sayang, wanita ni simpan duit dan beri pada suami dia untuk buka bisnes kari.
Tapi malangnya, bisnes tu gagal dan semua duit yang dilaburkan habis begitu saja. Disebabkan taknak membazir lagi, dia buat keputusan untuk berhenti bagi duit dekat suami dia yang pemalas tu menyebabkan berlaku pergaduhan.
Bengang tak dapat duit, suami membelasah dia tanpa belas kasihan. Baru-baru ni, mereka bergaduh lagi sebab suami dia minta duit (macam biasalah kan).
Tapi disebabkan dia tak bagi duit cukup seperti yang suami dia minta, dia dibelasah dengan sangat teruk. Sangat teruk, sehinggakan dia rasa sakit dekat bahagian perut.
Tiba-tiba darah mengalir keluar, meleleh ke atas lantai. Rupa-rupanya, janin dalam perut dia jatuh terkeluar dari rahim!
Admin terpaksa blur kan gambar ni sebab sangat ekstrem!
Lepas kejadian tu berlaku, dia terus ambil gambar luka dan janin sebelum pergi ke hospital. Netizen persoal tindakan dia hebahkan dekat media sosial ni sebab sepatutnya dia pergi report polis.
Menurut pihak polis, mereka ada nampak gambar tu dekat media sosial tetapi belum terima apa-apa laporan daripada wanita ni. Mereka kini dalam usaha mencari dia serta suaminya.
Macam mana dalam keadaan sakit tu dia boleh fikir nak ambil gambar lagi?