in

“Kena tegur bagitahu, bukan kecam” – Penjual Bubble Tea Di Pasar Lambak Kena Bash Sebab Cara Bakar Brown Sugar “Bahayakan Kesihatan”

Boba Teaaaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Kena tegur bagitahu, bukan kecam" - Penjual Bubble Tea Di Pasar Lambak Kena Bash Sebab Cara Bakar Brown Sugar "Bahayakan Kesihatan"
Loading
/

Mana-mana pun korang pergi sekarang ni, mesti dengar pasal bubble tea kan? Kedai seperti Xing Fu Tang dan The Alley antara premis bubble tea yang paling famous dan ramai yang sanggup beratur panjang hanya kerana nak pergi merasa minuman tu.


Apa-apapun, pengusaha tempatan nampaknya dah mula cuba menjual bubble tea di pasar malam dan pasar lambak. Terbaru ada netizen yang muat naik di Twitter, kedai bubble tea dekat flea market Bangi (berdekatan Bangi Gateway) dengan harga mampu milik! 

D9Mhgl5Ucaabkvs
sumber: twitter

 

“Direct heat dari blowtorch kat mulut cawan tu bahaya untuk kesihatan sebab plastik kot” 

Walau bagaimanapun, kegembiraan netizen untuk mendapatkan boba tea dalam harga yang murah terbantut secara tiba-tiba bila ada netizen yang claim proses pembakaran gula perang atau brown sugar dalam bubble tea tu agak membahayakan.

Bakar
sumber: twitter

Hal ni kerana sepatutnya penjual kena pakai special metal lid untuk melindungi bahagian mulut cawan tersebut daripada terdedah dengan haba. Haba panas boleh mencairkan mulut cawan plastik tu dan kalau tak berjaga-jaga chemical reaction antara haba dan plastik boleh sebabkan kanser tau! Aduhai dah satu pasal! 

Bahaya
sumber: twitter

 

“Kesiannya kena bash, harap ada yang bagitahu penjual straight yang cara dia buat tu salah…” 

Tapi biasalah kan, kalau perkara macam ni dah viral ramailah yang akan mengecam dan lemparkan macam-macam tuduhan. Admin sejujurnya kesian dengan penjual ni sebab dia mungkin tak tahu tentang bahaya tersebut.

Tapi mujurlah ada di kalangan netizen yang masih bersangka baik dan berharap ada di kalangan pembeli yang jumpa penjual tersebut untuk beritahu apa yang dia buat tu salah. Dari dok kutuk-kutuk belakang, baik kita perbetulkan, kan?

Cedih
sumber: twitter

Rasanya penjual tu bolehlah ikut cara Xing Fu Tang guna blowtorch macam kat bawah ni. 

Bagitahu 1

Sumber: Twitter

Semoga bisnes penjual tu berjaya dan mereka take notelah teguran daripada netizen tentang penggunaan blowtorch tu. Min tengok bubble tea dari flea market ni pun boleh tahan sedap jugak! Wuuu…

Baca: “Kau subuh pun tak, nak cakap halal-haram pulak” – Lelaki Ini ‘Sound’ Orang Pasal Isu Bubble Tea

Bbb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.