in

Kena Dera Mental Dan Fizikal, Suami Takut Dengan Isteri Sampai Tidur Dalam Kereta

Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kalau berlaku keganasan rumah tangga, mesti orang lelaki dipersalahkan kerana isteri jadi mangsa pukul dan gangguan emosi. Tapi cerita yang viral di Twitter baru-baru ni lain pulak kisahnya.


Menerusi perkongsian Jarr Najmuddean, dia cerita kisah sahabatnya yang jadi mangsa keganasan rumah tangga dilakukan seorang isteri. Macam lawak dan tak percaya kan? Baca dulu baru korang tahu!

 

“Memula dia cerita aku gelak, bila dah deep dia cerita aku jadi kesian” 

Menurut Jarr, kawan lelakinya ni sudah berkahwin dekat 5 tahun dan dia mengadu masalah yang dia alami dengan isteri. Macam tak percaya pula rakannya beritahu yang dia kena domestic abuse dengan isterinya. Mental dan fizikal pulak tu! Aduhai… 

Jarr 1

Jarr 2
sumber: twitter

 

“Dia dah tahap bila wife sentuh, jadi terperanjat… balik rumah tidur dalam kereta” 

Kalau korang ingat benda ni isu kecil je sebab dia lelaki, korang salah. Sebenarnya tahap stress dan fobia rakan Jarr ni memang teruk. Dia pilih untuk stay dalam hubungan tu sebab anak-anak walaupun dia sebenarnya takut gila nak dekat dengan isteri dia. Sentuh pun dah terperanjat!

Jarr 3

Jarr 4
sumber: twitter

 

“Benda ni boleh kena dekat sesiapa sahaja tak kira lelaki atau perempuan. Jangan discriminate” 

Kalau kita ingat perempuan je selalu jadi mangsa keganasan rumah tangga, lepas ni kita kena take note jugak kepada lelaki yang boleh ada potensi yang sama. Buat masa ni, Jarr ambil pendekatan untuk sentiasa lepak dan bercerita dengan kawan dia tu supaya dia boleh luahkan perasaan.

Jarr 5

Jarr 6
sumber: twitter

Bila ditanya netizen lain apa yang bini kawan dia ni dah buat, kata Jarr si isteri tu pernah pukul, maki dan minta cerai dengan sahabat dia ni. Disebabkan tweet ni ramai yang dah buka mata rupanya kes macam ni banyak je berlaku kat masyarakat sekarang.

Pukul Maki Cerai
sumber: twitter

Apa-apapun semoga mangsa kuatkan semangat dan jangan fikir yang bukan-bukan sampai nak bunuh diri. Tak sangka ada juga perempuan yang jenis abusive macam ni. 

Baca: Teruk! 50,000 Kes Jenayah Seksual dan Keganasan Rumah Tangga Dicatat Sejak 2013!

Jenayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.