in

Teruk! 50,000 Kes Jenayah Seksual dan Keganasan Rumah Tangga Dicatat Sejak 2013!

Ft 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai yang tak sedar, kes jenayah seksual dan keganasan rumah tangga ni dah kian meningkat dari tahun ke tahun pada tahap yang sangat membimbangkan.


Baru-baru ni, sebuah laporan menjelaskan bahawa kira-kira 50,658 kes berkaitan rogol, sumbang mahram, seks di luar tabii, gangguan seksual dan keganasan rumah tangga telah dicatat dari tahun 2013 hingga Mei 2018, menurut MMO. Bilangan nombor yang mengejutkan ni dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tak cukup dengan tu, kementerian jugak telah catatkan jumlah sebanyak 3,439 jenayah seksual dan keganasan rumah hanya dari bulan Januari ke Mei 2018 ini. Aduhai! Statistik yang menakutkan ni telah dikeluarkan oleh MP Batu Kawan, Kasthuri Patto lepas dia bertanyakan tentang hal ni kat kementerian masa persidangan Parlimen baru-baru ni.

20160109 Pakatan Amanah 12
sumber: wob

Lepas dapat statistik ni, Kasthuri kemudian share ia kat Facebook peribadinya.

Dia tulis,

“Amat menyedihkan melihat statistik jenayah-jenayah seksual, rogol dan keganasan rumah tangga ini daripada kalangan rakyat kita sendiri.

“30 juta sahaja populasi kita dan kita menghadapi begitu ramai bilangan penjenayah di luar sana. Dan ini adalah kes yang dilapor, bagaimana pula yang tidak dilapor atau direkodkan?”

Tambah Kasthuri lagi,

Kita harus wajib bersuara untuk yang tidak mampu bersuara seperti kanak-kanak, remaja dan wanita dan lelaki yang menjadi mangsa kezaliman ini.”

Childabuse24
sumber: wob

Laporan tersebut jugak menunjukkan negeri seperti Selangor, Johor dan Kedah antara direkodkan yang paling tinggi dengan kes-kes ni dalam semua kategori dalam tempoh 5 tahun (2013-2018). Lebih menyedihkan, kebanyakan mangsa ialah wanita, kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun.

Malah menurut laporan yang Kasthuri share ni, lebih kurang 7,309 kes rogol, 1,200 kes sumbang mahram dan 3,478 kes cabul dicatatkan dalam tempoh 5 tahun dan kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun. Allahu menyedihkan!

“Sementara tu, lebih kurang 984 seks di luar tabii dan 157 kes gangguan seksual melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun telah dicatatkan sejak tahun 2013,” lapor kementerian.

Ft 47
sumber: wob

Dan bagi perbuatan seks luar biasa, ada dua kes yang dilaporkan pada tahun 2014 dan 2017 yang melibatkan haiwan. Selain daripada tu, sejumlah 5,055 kes keganasan rumah tangga melibatkan mangsa berusia bawah 25 tahun telah dilaporkan sejak 2013.

Semua nombor yang dibongkarkan kementerian ni amat membimbangkan dan kita sepatutnya fikirkan jalan penyelesaian secepatnya! Harap-harap kementerian berwajib di bawah Datuk Seri Wan Azizah dan YB Hannah Yeoh akan usulkan undang-undang yang lebih berat buat para pelaku.

Jenayah seksual dan keganasan rumah tangga bukan isu main-main! 

Baca: Bapa Tiri Rogol Anak Sejak Usia 10 Tahun Sampai Si Gadis Jadi Ketagih Seks

Seks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.