in

Kementerian Luar Malaysia Siasat Nota Diplomatik China Yang Tular

Syaz Ft 2024 09 05T111019.442

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular sebuah nota diplomatik dipercayai dari negara China yang membantah tindakan Malaysia membuat eksplorasi minyak dan gas di perairan ZEE Malaysia di Sarawak.

Kementerian Luar Negeri Malaysia bagaimanapun akan melakukan siasatan berkenaan nota diplomatik tersebut, difahamkan ia ditujukan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing pada Februari lepas.


Artikel berkaitan: “Maaf atas kecuaian guru tersebut” –  JPN Siasat Cikgu Reka Poster Merdeka Guna Gambar Tentera China

Artikel berkaitan: Syarikat Di China ‘Reject’ Calon Yang Lahir Tahun Anjing, Sebabnya...

Gwpbfz1Biaadw8A

Menurut laporan Astro AWANI, kementerian itu berkata nota berkenaan diterbitkan dalam satu artikel oleh portal media Filipina pada 29 Ogos.

“Kementerian memandang serius kebocoran dokumen ini, yang merupakan saluran komunikasi rasmi antara kedua-dua negara.

Dalam konteks ini, kementerian sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat sulit ini. Kementerian juga akan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dijalankan dengan segera,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, Kementerian Luar juga berkata Malaysia dan China berkongsi hubungan dua hala yang erat dan aktif, kerana kedua-dua negara merupakan Rakan Strategik Komprehensif dan sentiasa memperkenalkan usaha baharu untuk meningkatkan lagi kerjasama ini.

Mengenai Laut China Selatan, kementerian itu berkata kedua-dua negara telah menyatakan komitmen dan bertekad untuk menyelesaikan sebarang isu secara aman melalui rundingan dan dialog menggunakan platform serta saluran diplomatik sedia ada, tanpa merujuk kepada pertikaian atau kekerasan.

Sumber: Astro AWANI, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.