in

“Kembar tu mak nak ye, jangan jadi anak derhaka” – Mertua Awal-awal Cop Bayi Dalam Kandungan, Rupanya Nak Beri Kepada Ipar

Kenapa Whyy Mil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dikurniakan rezeki anak yang ramai tu satu anugerah. Mana-mana ibu pun sungguh mereka ada 10 orang anak, tetap mereka sayang kesemua anak-anak mereka tau!


Namun situasi yang dialami seorang confessor di Kisah Rumah Tangga dekat Facebook ini boleh buat darah admin dan para netizen lain menggelegak! Masakan tidak, anak yang belum dilahirkan lagi sudah di’cop’ ibu mertua untuk diberi kepada iparnya tanpa sebarang persetujuan. 

Baca perkongsian viral tersebut di bawah…. 

 

“Dari usia kandungan saya 3 bulan, asyik mintak salah seorang anak kembar saya” 

Menurut wanita ini, dia merupakan seorang ibu anak dua dan kini sedang hamil bayi kembar lelaki.

Yang menjadi masalahnya, sejak usia kandungan mencecah 3 bulan, ibu mertuanya sering meminta untuk diberikan salah seorang dari kembar tersebut kepada abang ipar dan isterinya yang tiada zuriat. 

Malah tambahnya lagi, dia dan suami juga tiada masalah dari segi kewangan yang hingga membuatkan mereka terpaksa beri anak ini kepada orang lain.

Krt 1
sumber: facebook

 

“Kenapa mereka ni nak ambil anak-anak saya???” 

Walaupun suami wanita ni telah menolak permintaan ibunya, orang tua tersebut katanya masih tak putus asa memujuk sehingga datang ke rumah bersama iparnya.

Kali ini, iparnya nak bawa pulang pula anak perempuannya yang berusia 2 tahun ke Johor dengan alasan ingin bawa berjalan-jalan dan minta dia berehat kerana sedang hamil. 

Confessor pula jelas-jelas tak izin sebab Johor jauh dari KL dan pening dengan ibu mertua yang mula claim suaminya anak derhaka kalau tak beri kembar tersebut kepada iparnya. Allah… 

Krt 2
sumber: facebook
Kulit Gatal Kemerahan Saat Hamil Ketahui Cara Meredakannya
gambar hiasan

 

“Janganlah diminta-minta anak orang, senang-senang meminta memang kesian lah…” 

Rata-rata netizen yang membaca luahan di KRT ni memang terkesan dan marah dengan sikap mertua dan ipar wanita tersebut.

Bagi netizen, mereka bertiga ini tidak memahami perasaan seorang ibu yang penat-penat hamil dan melahirkan anak. Tapi boleh pula nak ambil anak orang dengan mudahnya macam tu.

Hak Ibu
sumber: facebook

Admin doakan semoga confessor ni tabah hadapi dugaan dan masalahnya dapat diselesaikan. Ibu mana yang tak sayang anak kan?? 

Baca: “Dah tahu miskin tak payahlah buat anak” – Ibu Anak Lima Buang Anak Dalam Tong Sampah Sebab Miskin

Buang Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.