in

“Kematian ini disebabkan tertusuk batang kelor ” – Keluarga Rampas Jenazah Sebab Tak Terima Hakikat Kematian Sebab Covid-19

Rampasjenazah

Lagi kes keluarga si mati enggan terima hakikat jika kematian ahlinya akibat Covid-19, lebih parah lagi apabila mereka enggan mematuhi SOP jika ingin mengebumikan sehingga ada yang tekad sampai bergaduh dengan pihak hospital untuk bawa pulang jenazah.

Kejadian ini berlaku di Sulawesi Selatan, ratusan penduduk Jeneponto ‘merampas’ jenazah seorang lelaki yang mahu dikebumikan petugas perubatan di kawasan perkuburan. Harian Metro.

Ia berikutan dengan ahli keluarga tak berpuas hati jenazah dimakamkan mengikut SOP Covid-19. Mereka mendakwa si mati meninggal akibat tertusuk batang pokok merunggai bukan pasal wabak itu.

 

Kematian ini disebabkan tertusuk batang kelor (merunggai) namun dikatakan akibat Covid-19. Jadi kami menolaknya (untuk dikebumikan mengikut SOP Covid-19)”

Menurut Ketua Bahagian Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Pejabat Kesihatan Daerah, Jeneponto Suryaningrat, ahli keluarga si mati menunggu di luar pekarangan lokasi pengebumian dengan senjata tajam.

Disebabkan mereka terlalu ramai, anggota polis yang mengawal keselamatan petugas kesihatan di lokasi berkenaan juga tidak mampu berbuat apa-apa sehinggakan mereka terpaksa mengalah dan menyerahkan jenazah lelaki 69 tahun itu

Lebih teruk lagi, ada anggota keluarga juga nekad membuka keranda. Menerusi Kompas.com  pesakit itu dilaporkan mengalami sakit perut selepas tertusuk batang merunggai sebelum dibawa keluarganya ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Lanto Daeng Pasewang Jeneponto untuk rawatan lanjut pada 1 Julai lalu.

Ketua Polis Jeneponto, AKBP Ferdiansyah memaklumkan, pihaknya sudah mengenal pasti tujuh individu yang melakukan provokasi dalam insiden berkenaan.

Polis juga sudah mengenal pasti individu yang membuka keranda jenazah berkenaan dan semua mereka kini dicari untuk siasatan lanjut.

 

Baca : [VIDEO] Melampau! Penduduk Kota Ambon Sekat Van Jenazah & Bawa Lari Mayat COVID-19 Sebab Nak Kebumikan Sendiri

Jenazah