in

[VIDEO] Melampau! Penduduk Kota Ambon Sekat Van Jenazah & Bawa Lari Mayat COVID-19 Sebab Nak Kebumikan Sendiri

Featured Image 2 9 3

Menerusi CNN Indonesia, baru-baru ini berlaku satu kes yang mengejutkan di Ambon Maluku apabila penduduk di situ dikatakan telah menyekat sebuah van jenazah dan mengambil mayat pesakit COVID-19 yang ada di dalamnya dengan cara paksaan.

Dilaporkan kejadian berlaku di Jalan Jenderal Sudirman, Negeri Batu Merah, Kota Ambon Maluku, Indonesia.

Kalau lihat pada video itu, orang ramai kelihatan membuka pintu belakang van tersebut dan membawa keluar keranda yang dipercayai mempunyai jenazah pesakit Covid-19.

Lebih mengecewakan walaupun ada dua orang polis yang mengiringi, penduduk berkenaan dikatakan bersikap kasar dengan memukul anggota tersebut.

Mayat3 1

Difahamkan, penduduk di situ tidak mahu jenazah dikebumikan dengan SOP yang ditetapkan. Pada pandangan keluarga si mati, mereka yakin kematiannya bukanlah sebab virus tersebut.

 

Banyak Keluar Bertindak Rampas Mayat COVID-19

Memang mengejutkan, mayat yang ‘dibawa lari’ oleh penduduk Kota Ambon itu sebenarnya seorang bekas Ahli Parlimen, berusia 58 tahun di sana, lapor Berita Harian.

Menurut Ketua Petugas Khas COVID-19 kebangsaan, Doni Monardo, banyak keluarga yang bertindak seperti ini tanpa kebenaran pihak polis.

Tindakan tidak mematuhi protokol perubatan ini adalah salah satu penyebab utama peningkatan jumlah jangkitan, khususnya di Jawa Timur,” – Doni Monardo

Dia percaya, peningkatan jumlah positif COVID-19 ini salah satunya berlaku disebabkan rampasan mayat yang semakin menjadi-jadi.

Menerusi Worldometer, kini Indonesia telah mencatatkan sebanyak 54,010 jumlah kes positif dan 2,754 kes kematian.

Mayat8

 

Rata-rata penduduk di negara sana juga terkejut dan tidak bersetuju dengan perbuatan mereka, siap ada yang klasifikasikan dorang ni keras kepala.

Be strong Indonesia…

Mayat4 1

Patutlah kes kat sana tinggi

Mayat5 1

Kesian frontliner kat sana…

Mayat6

Tolong bagi kerjasama wahai rakyat Indonesia

Mayat7

 

Baca: “Dah la datang dengan penyakit” – Pasangan Warga China Tergamak Bawa Lari Anak Selepas Dikesan Ada Simptom Coronavirus

Annotation 2020 06 29 154356

Sumber: Facebook
Sumber: Worldometer
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook