in ,

“Kemaruk nak dating sampai sanggup menipu!” – Pasangan Kekasih Ingkar PKP, Katanya Keluar Bersiar-siar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ada individu yang tak makan saman dengan kejadian-kejadian yang berlaku sebelum ini dimana sesiapa yang mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan tindakan daripada pihak berkuasa.


Pihak polis memandang serius soal ini kerana arahan PKP dilaksanakan bertujuan untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 supaya tidak merebak ke seluruh tempat.

Namun, hal itu dipandang sebelah mata oleh sepasang kekasih bersama rakannya apabila mereka ditahan oleh pihak polis dan dikenakan kompaun RM 1,000 setiap seorang selepas cuba menipu pihak berkuasa untuk ingkar arahan PKP di Kuala Perlis, lapor Harian Metro.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Anuar Jusoh berkata pasangan kekasih berkenaan masing-masing berumur 26 dan 23 tahun dikatakan keluar bersiar-siar bersama seorang remaja berusia 15 tahun dengan sebuah kereta sebelum mereka ditahan di salah satu sekatan jalan raya di Kuala Perlis.

Pada awalnya, mereka semua mengaku adik-beradik dan memberi alasan keluar rumah untuk membeli sebotol kicap dan barang keperluan lain.

Namun, selepas menunjukkan kad pengenalan masing-masing, didapati nama ayah bagi ketiga-tiga individu berkenaan berbeza. Namun, mereka mendakwa yang mereka merupakan adik-beradik tiri sebelum menukar lagi alasan mendakwa yang pasangan itu merupakan suami isteri.

Namun, tiada sebarang bukti pernikahan ditunjukkan oleh pasangan terbabit.

Aduhaii, macam-macam lah diorang ni

Tak tahan dengan soalan bertalu-talu yang diajukan oleh pihak berkuasa akhirnya mereka mengaku bahawa yang mereka keluar bersiar-siar di sekitar Kuala Perlis.

Anuar berkata, notis kompaun dikeluarkan kepada  mereka mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2020).

Baca : Lelaki Ditangkap Lepas ‘Kantoi’ Menipu Kata Jadi Jemaah Tabligh Sebab Nak ‘Cabut’ Daripada Ditahan Polis

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.