Keluarga Ini Bina Jambatan Sendiri Lepas Jalan Masuk Ke Rumah Ditutup Oleh Pemilik Tanah

Tambah ke Sumber Pilihan
Jalan Masuk

Jika anda tinggal di kawasan kampung, mesti anda tahu bahawa ada sesetengah rumah di desa yang berkongsi jalan masuk dengan rumah jiran. Lazimnya, perkara itu berlaku kerana tanah terletaknya sesebuah rumah itu berada di belakang rumah jiran dan jalan masuk pula hanya ada satu.

Jadi, atas timbang rasa jiran, pemilik rumah itu dibenarkan untuk melalui jalan rumah jiran itu untuk masuk ke rumahnya.


Namun, lain pula yang berlaku kepada sebuah keluarga di Jepara, Indonesia ini apabila mereka terpaksa membina sebuah jambatan menggunakan dana sendiri kerana akses masuk ke rumah mereka telah dihalang oleh jiran yang juga pemilik tanah.

Memetik laporan Detik.com, jambatan itu dimiliki oleh keluarga seorang lelaki yang dikenali sebagai Sunardi.

3 3Sumber: Berita Harian

Artikel berkaitan : Gara-gara Hutang Penghuni Lama, Kereta Wanita Ini Dibakar Oleh Ah Long

Artikel berkaitan: [VIDEO] Lain Daripada Yang Lain, ‘Rider’ Terkejut Tengok Sofa & Meja Jadi Dekorasi Luar Rumah

Jambatan itu dibina setelah jalan masuk ke rumahnya ditutup oleh jiran yang juga pemilik tanah dan penutupan jalan itu menyukarkannya dan ahli keluarganya untuk masuk ke kawasanrumah mereka.

Difahamkan, jambatan besi yang dibina itu memiliki lebar 1.5 meter dan panjang 28 meter.

Dalam masa yang sama, menurut jiran Sunardi yang hanya dikenali sebagai S, dia mengakui telah menutup jalan masuk ke rumah Sunardi pada Ogos lalu namun ia hanya ditutup selama dua hari.

Menurut S, dia menutup jalan tersebut kerana jirannya itu sering menaiki motosikal dengan laju sehingga waktu tengah malam.

Jadi, difahamkan, kedua-dua pihak mengatakan bahawa isu masalah jalan itu sudah selesai kerana masing-masing mempunyai solusi yang tersendiri.

Sumber: Detik.com

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Afiqah
Lagi tulisan Afiqah

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Keluarga Ini Bina Jambatan Sendiri Lepas Jalan Masuk Ke Rumah Ditutup Oleh Pemilik Tanah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/keluarga-ini-bina-jambatan-sendiri-lepas-jalan-masuk-ke-rumah-ditutup-oleh-pemilik-tanah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM