in

“Keluar dari Islam tu semua taktik” – Dakwa Tak Selamat Di M’sia, Netizen Dedah Sebenarnya Sajat Lari Daripada Hutang?

Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas lama menghilangkan diri, semalam pihak polis memberitahu yang kini mereka dalam sesi rundingan dengan kerajaan Thailand untuk membawa Sajat pulang selepas usahawan ini ditahan oleh pihak imigresen Thailand.


Sekarang ini Sajat telah pun mendapat kad perlindungan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan dalam proses meminta kebenaran untuk pindah ke Australia.

6E6B051B5D0E1456147D63Ffc1E5D5B8

Macam yang korang semua tahu, Sajat dikatakan lari bersembunyi kerana dia menghadapi pertuduhan menghina Islam dengan berpakaian seperti wanita.

Namun ada beberapa netizen mendedahkan sebab sebenar Sajat melarikan diri bukanlah seperti yang diuar-uarkan namun kerana dia cuba lari daripada hutang. Betul ke ni?

“Keluar dari Islam tu semua taktik”

Kalau korang masih ingat, sebelum ini bekas stokis Sajat telah meminta ganti rugi darinya selepas memberi wang sebanyak RM100,000 untuk bengkung namun tak pernah menerima bekalan bengkung yang dijanjikan.

Ekoran ini Sajat telah membuat laporan polis dan menyaman balas bekas stokisnya itu namun mahkamah mengarahkan usahawan ini untuk membayar ganti rugi bersama kos kehakiman sebanyak RM200,000.

Kerana gagal membayar ganti rugi tersebut, pada April lalu notis kebankrapan telah pun difailkan ke atasnya dan pada 30 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan notis kebankrapan diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penyampaian.

Sajat dikatakan menghilangkan diri kerana enggan membayar hutang ganti rugi tersebut dan pada masa yang sama JAKIM juga memburunya.

Screenshot 2021 09 21 At 12.46.21 Pm

Pergi Mekah, masuk tempat wanita dan keluar dari Islam tu semua taktik lepas dia kalah kes mahkamah. Dia provok rakyak Malaysia pada waktu yang tepat dan jadikan dirinya mangsa untuk lari dari hutang. Tapi sebenarnya dia scammer.”

Screenshot 2021 09 21 At 12.50.00 Pm

Bukan itu sahaja, Sajat kini dikehendaki bersabit Seksyen 9 repot 345/2021, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

Pun begitu, sebab sebenar Sajat lari dan menyembunyikan diri hanyalah diketahui oleh dirinya sendiri dan kita serahkan je lah kes ini kepada pihak berwajib untuk lakukan siasatan.

Sumber: mStar, Twitter, Twitter

 

Baca: Tukar Nama Jadi ‘Bella’, Sajat Dikatakan Licik Guna Pembantu Untuk Kelirukan Polis Konon Ada di JB

Screenshot 2021 09 21 At 12.59.18 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.