in

Kelonggaran Solat Jemaah di Masjid Ditarik Semula Jika Tak Ikut SOP – Ismail Sabri

Solat Jumaat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelonggaran bagi aktiviti solat berjemaah di masjid yang diberikan kerajaan ketika Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh ditarik semula sekiranya ada kawasan yang tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, lapor Awani.


Solat1

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pihak beliau akan menunggu laporan daripada pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandangkan hari ini adalah hari pertama ia dilaksanakan.

Hari ini merupakan hari pertama tetapi sekiranya banyak kawasan yang langgar SOP tidak mustahil kelonggaran ini ditarik balik, kita juga akan nasihat pihak masjid jika kawasan mereka terdapat kes tertentu untuk patuh SOP.”

Kita tak akan tarik semula kelulusan melibatkan semua masjid, bagaimanapun perkara ini bergantung kepada Menteri (Hal Ehwal Agama) kita masih menunggu laporan untuk perkembangan hari pertama.”

Solat2

Kata beliau, tiada mana-mana pihak dibenarkan untuk ubah SOP yang ditetapkan itu bagi kelonggaran aktiviti solat berjemaah di masjid sepanjang PKPB. Ini termasuklah untuk melakukan aktiviti solat berjemaah di kawasan luar masjid.

SOP yang kita buat telah dapat persetujuan menerusi mesyuarat, termasuk ketua agama bagi setiap negeri, tidak boleh sewenang-wenangnya untuk ubah SOP yang telah kita tetapkan.”

Baca: [TERKINI] Solat Jumaat & Berjemaah Dibenarkan di Masjid, Surau Terpilih di Wilayah Persekutuan – Dr Zulkifli

Solat2

Sumber: Awani
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.