in

[TERKINI] Solat Jumaat & Berjemaah Dibenarkan di Masjid, Surau Terpilih di Wilayah Persekutuan – Dr Zulkifli

Solat2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui sidang media sebentar tadi,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengumumkan solat Jumaat dan solat berjemaah dibenarkan di semua masjid dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Menurut beliau, Seri Paduka Baginda YDP Agong bertitah agar semua masjid, surau Jumaat dan surau-surau terpilih boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri.

Solat Jemaah

Bagaimanapun, bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang daripada 3 orang tidak termasuk imam dan tidak boleh lebih daripada 30 orang.

Selain itu, pihak masjid dan surau yang terpilih perlulah memastikan adanya kawalan daripada pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa agama negeri untuk kawal keadaan.

Jemaah perlulah:

  • Melaksanakan penjarakan sosial (social distancing) di dalam dan luar masjid.
  • Menjaga jarak sejauh 1 meter antara satu sama lain
  • Wajib memakai pelitup muka
  • Mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing-masing

Jemaah yang mengidap penyakit kronik atau warga emas berusia 70 tahun ke atas serta kanak-kanak di bawah 15 tahun tidak dibenarkan hadir untuk solat berjemaah.

Beliau juga berkata, tiada perkumpulan dibenarkan selepas selesai solat Jumaat sama ada di dalam mahu pun di luar masjid dan hanya jemaah lelaki dibenarkan bersolat di masjid atau surau terpilih buat masa sekarang.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.