Berita baik untuk penduduk Kelantan, Solat fardu dan Solat Jumaat secara berjemaah di masjid telah dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Perkara itu dilaporkan oleh Sinar Harian yang memetik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam berkata, pelaksanaan itu membabitkan jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan juga Machang kecuali di dua daerah Penggawa.
Walau bagaimanapun, bagi daerah Penggawa Kubang Kerian, Kota Bharu dan Daerah Penggawa Kusial Tanah Merah pula, solat dan aktiviti agama diteruskan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang dilanjutkan sehingga 20 Disember ini.
Sementara itu, MAIK masih mengekalkan arahan supaya surau yang terletak di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Madrasah Ad-Diniah, Kampung Huma, Pasir Puteh (kluster Huma) ditutup sehingga tarikh dimaklumkan kelak.
Baca: PKPB Kelantan: Majlis Kahwin, Tunang & Resepi Tidak Dibenarkan