in ,

“Kelas…shooting kat space na?” – NASA Sahkan Tom Cruise Akan Ke Angkasa Untuk Penggambaran Filem

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tidak kenal dengan Tom Cruise seorang pelakon Holywood yang tampan dan digilai wanita, kini dikhabarkan akan buat penggambaran di angkasa. Wow..


Perkara ini telah disahkan oleh Jim Bridenstine, pentadbir National Aeronautics and Space Administration (NASA) melalui akaun Twitternya.

Pihak NASA sangat teruja untuk bekerjasama dengan Tom Cruise dalam penggambaran di ISS. Perkara ini dapat memberi inspirasi kepada generasi baru di NASA.

Difahamkan, filem Tom Cruise bersama Elon Musk’s Space X ini merupakan filem aksi yang dikatakan terdapat beberapa shot di luar angkasa, lapor deadline.

Untuk pengetahuan, ini bukan filem Mission Impossible ye.

Yang pasti filem ini bukanlah filem yang pertama membuat penggambaran di angkasa.Penggambaran pertama yang dibuat ialah sebuah dokumentari berjudul ‘A Beautiful Planet’ yang diambil pada tahun 2016.

Min memang minat lakonan Tom Cruise ni, dari kecik sampailah sekarang masih simpan CD/DVD cerita Tom Cruise.

 

Baca: “Saya fikir kostum tu comel dan boleh melindungi saya” – [VIDEO] Lelaki Pakai Kostum Angkasawan Elak Covid-19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.