in

“Kelas mak dia!” – [VIDEO] Fasih Berbahasa Kantonis & Tamil, Cara Mak Cik Ni Berborak Buat Ramai Terpegun

Fi Wanita Fasih Tamil Kantonis E1630729532112

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum tahu bahawa rakyat Malaysia ni hidup berbilang kaum dengan pelbagai latar belakang dalam keluarga masing-masing. Jadinya akan terdapat kepelbagaian bahasa kita dengar, dan paling senang kita nak tahu dari slang seseorang tu bila bercakap.


Kalau kita nak bercakap dengan orang berlainan bangsa, mesti akan gunakan bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Tapi macam seorang makcik ni, dia boleh ‘tapau’ bahasa Tamil dan Kantonis bila berborak.

 

Cakap kantonis borak dengan jiran bangsa Cina

Baru-baru ni, gelagat seorang wanita ini yang fasih berbahasa Kantonis bila berborak dengan jirannya sendiri menarik perhatian ramai.

Menerusi rakaman dikongsi oleh @Cik.Mayaaaa, dia menunjukkan ibunya yang cukup sporting berborak dengan jirannya berbangsa Cina.

Paling menakjubkan, apabila ibunya itu begitu santai berborak dalam bahasa Kantonis dan caranya menunjukkan yang dia betul-betul fasih bila berbahasa sebegitu.

@maiyahrahim_

Reply to @kingmrboyboy

♬ original sound – Cikk.Mayaaaaa – Cikk.Mayaaaaa

 

Power juga cakap Tamil

Bukan itu saja, menurut Maya sewaktu mereka nak menaiki motosikal untuk pergi ke suatu tempat, ibunya juga sempat lagi menegur jirannya berbangsa India di seberang jalan.

Apa yang buat min terkejut tu, makcik ni juga betul fasih berborak dalam bahasa Tamil dengan jirannya.

Mungkin topik yang digosipkan masa tu sangat penting, jadinya mereka jadi khusyuk berborak sampai makcik tersebut berdiri dengan agak lama.

Disebabkan uniknya makcik tersebut, perkongsian video itu telah meraih lebih dari 1 juta views di TikTok.

@maiyahrahim_

Reply to @putra.syg korang tgkla mak kita ni , dalam nak naik moto tu . Boleh membawang bahasa tamil tu dgn jiran walaupun jauh ?. #fyp #fypシ

♬ original sound – Cikk.Mayaaaaa – Cikk.Mayaaaaa

 

“Ini baru nama 1 Malaysia”

Di ruangan komen, nyata aksi wanita tersebut menjadi perhatian warganet sebab rata-rata terpegun dengan kebolehannya itu. Ada netizen mengatakan yang bukan saja fasih, tapi caranya pun betul-betul ikut macam orang India atau Cina tengah bercakap. Selain tu, ada juga memuji dan mengatakan ini contoh perpaduan rakyat Malaysia yang sebenar.

Reak Wanita Fasih Tamil Kantonis 1 Edit Reak Wanita Fasih Tamil Kantonis 2 Edit Reak Wanita Fasih Tamil Kantonis 3 Edit Reak Wanita Fasih Tamil Kantonis 4 Edit

Perghh seriously power makcik! Siapa terer macam makcik ni? Setakat tahu satu,dua tiga min tak terima okay.

 

Baca : “Ucapan istimewa buat Tunku” KREATIF! Jejaka Ini Hadiahkan Pantun Mandarin Sempena Ulang Tahun Permaisuri Agong

Foot Wanita Fasih Tamil Kantonis

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.