in

PKPB Kelantan: Majlis Kahwin, Tunang & Resepsi TIDAK Dibenarkan

Feat4 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi di Kelantan tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Menurut Awani, arahan itu diputuskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menerusi Bahagian Undang-Undang Keluarga dan ia berkuat kuasa mulai semalam hingga PKPB ditamatkan.


Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAHEAIK, Tengku Kamaruddin Tengku Alias berkata majlis akad nikah bagaimanapun dibenarkan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta syarat-syarat yang ditetapkan.

“Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah majlis akad nikah dilaksanakan di premis persendirian, masjid, surau atau seumpanya dengan boleh dihadiri oleh 20 orang tetamu sahaja termasuk seorang jurunikah, pengantin, wali dan saksi.”

“Selain itu, kursus praperkahwinan turut ditangguhkan dan perkhidmatan khidmat nasihat atau rundingcara hanya dijalankan secara dalam talian.”

Kahwin2

Sebarang arahan atau keperluan adalah tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

PKPB dilaksanakan di Kelantan selama 2 minggu bermula 21 November susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Baca: “KKM sedang melakukan penilaian semula” – PKPB Boleh Tamat Lebih Awal Kalau…

Cats 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.