Sebuah kelab bola sepak United Kingdom, Notts County FC telah mengeluarkan kenyataan bagi menafikan khabar angin bahawa kelab itu bakal diambil alih dan dimiliki penyanyi popular Amerika Syarikat Taylor Swift.
Memetikl laporan The Sun, sebuah akhbar tempatan ada menyiarkan berita pada Jumaat lalu mengenai pembelian kelab itu oleh Swift di muka hadapan. Akhbar itu memaparkan logo kelab dan wajah Swift dengan tajuk “Taylor Swift To Buy Notts County!”.
Tampil memberikan penjelasan, akaun media sosial kelab itu membalas dan menafikan laporan akhbar yang tersebar berkenaan kononnya penyanyi yang popular dengan lagu ‘Love Story’ itu berminat untuk membeli Notts County FC.
Club statement.#Notts | @taylorswift13 https://t.co/VVLVO7oQd4 pic.twitter.com/1HJVhNaOl8
— Notts County FC (@Official_NCFC) October 27, 2023
Untuk rekod, Notts County FC adalah kelab bola sepak professional tertua di dunia. Diasaskan pada tahun 1862, kelab itu kini beraksi dalam saingan Football League Two di United Kingdom.
Tinjauan juga mendapati penyanyi yang kini bergelar billionaire itu juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai khabar angin yang terkait dengan beliau.
Baca: Peminat Jual Kanta Lekap Yang Jadi Saksi Konsert ‘Taylor Swift Eras Tour’ Dengan Harga RM44K