in

Kejam! 3 Remaja Campak Kucing Ke Lombong Dicari Persatuan Haiwan Malaysia

Cover New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pernah tular tentang kejadian seorang remaja lelaki mencampak kucing ke dalam semak samun demi video TikTok. Lebih memilukan, adegan campak kucing itu disertakan dengan kesan gerak perlahan dan latar belakang muzik.



Terbaharu, insiden yang hampir sama dilaporkan melibatkan seekor kucing dipercayai berlaku di sebuah lombong di Johor.

11

Dalam video tersebut, dilihat tiga orang remaja lelaki berada di tempat kejadian. Seorang sedang merakam kejadian, manakala dua lagi berada di tepi lombong bersama kucing yang dicampak.

Seperti tiada hati perut, mereka dilihat bergelak ketawa selepas berjaya mencampak kucing tersebut ke dalam lombong. Lebih kejam, kucing tersebut dilempar dengan sangat tinggi, sebelum terhempas masuk ke dalam air.

44

33

Video ini tular secara meluas di media sosial, sehingga mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia (PHM). Menurut hantaran yang dimuat naik di Facebook, PHM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil memberi kerjasama.

Tegas PHM, aksi melempar kucing ke dalam lombong seperti ini tidak boleh dimaafkan. Kucing tersebut menghadapi risiko mati lemas atau dimakan ikan pemangsa.

“Bantu Animal Malaysia mengecam wajah, lokasi dan suara percakapan pelaku serta rakannya. Mungkin ada dikalangan rakan, sahabat, saudara, kenalan pejabat atau jiran tetangga yang tahu siapakah gerangan dalam video kejam ini.”

PHM turut menawarkan ganjaran RM2,000 kepada mana-mana individu yang berjaya jejak si pelaku. Buat anda yang mempunyai maklumat kejadian, boleh salurkan maklumat ke www.wasap.my/+60105394749.

 

BACA: Campak Kucing Demi Video TikTok, Remaja Lelaki Kini Diburu Persatuan Haiwan Malaysia

Cats 75

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.