in

Campak Kucing Demi Video TikTok, Remaja Lelaki Kini Diburu Persatuan Haiwan Malaysia

Cats 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada setiap bulan, pasti ada sahaja sekurang-kurangnya satu kes yang melibatkan kekejaman haiwan berlaku di Malaysia. Situasi ini menimbulkan persoalan buat kita semua, apakah yang bermain dalam fikiran si pelaku semasa sedang menganiaya haiwan tersebut?


Terbaru, tular sebuah video TikTok yang melihatkan seorang remaja lelaki menjadikan kucing sebagai hiburan dalam videonya. Dalam video tersebut, remaja itu pada mulanya hanya memegang kucing dengan latar belakang muzik lagu dari Indonesia, lalu secara tiba-tiba mencampaknya ke belakang tanpa belas kasihan.

1

Malah, adegan mencampak kucing itu turut disertakan dengan kesan gerak perlahan (slow motion), membuatkan setiap apa yang berlaku di dalam video itu jelas untuk dilihat.

Meskipun kucing mempunyai keupayaan untuk melompat daripada tempat yang tinggi, perbuatan mencampak kucing boleh mengakibatkan kecederaan kepada haiwan kecil itu.

2

3 1

Video ini tular secara meluas di media sosial, sehingga mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia (PHM). Menurut hantaran yang dimuat naik di Facebook, PHM mendakwa perbuatan melempar kucing merupakan satu jenayah yang boeh mendatangkan kecederaan, ketakutan dan melibatkan kematian.

“Dia perlu ditangkap supaya menjadi pelajaran kepada warga tik tok di luar sana agar tidak mengikuti jejak budak lelaki ini memangsakan kucing sebagai medium untuk beraksi”.

PHM juga berharap agar budaya menjadikan haiwan sebagai pelaris video TikTok perlu dihentikan dengan segera. Di akhir hantaran tersebut, PHM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat terperinci berkenaan remaja lelaki itu agar melaporkan segera kepada mereka.

 

BACA: Anjing Dirogol Bergilir-Gilir Oleh Sekumpulan Lelaki, Mati Lepas Ditikam 30 Kali

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.