in

Lelaki Sebak Lihat 9 Anak Kucing Peliharaan Rentung Berpelukan Akibat Kebakaran di Rumah

Mati Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bertabahlah pencinta kucing sedunia yang nak baca berita ni. Semalam, sebuah rumah dekat Sungai Udang, Klang terbakar dan apa yang buat kita orang sebak bila dengar citer macam ni ialah kucing peliharaan kepunyaan tuan rumah tu habis mati semua sebab rentung dalam kebakaran tu, lapor Berita HarianYa Tuhannn! 


Kucing 2
sumber: bh

Mangsa yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mohd Sazry Mohd Taha, 35, memang susahlah nak terima kenyataan sampai menangis bila wartawan nak interview tanya pasal kucing-kucing dia tu. Kata Sazry, masa tu dia baru je selesai tugas menyelamat mangsa ribut kat Petaling Jaya.

“Selepas kembali ke pejabat APM Klang, rakan setugas memberitahu rumah saya terbakar dan saya bergegas pulang untuk melihat keadaan. 

“Sudahlah rumah saya terbakar, lebih sedih lagi bila saya melihat sembilan kucing peliharaan hangus berpelukan.” Sedihnyaaa! 

Sazry ni memang pencinta kucing sejati. Dia cerita, empat kucing mati tu semuanya dia bela lepas selamatkan dorang masa operasi menyelamat. Sebab tak ada orang bela, Sazry tak sampai hati nak buang kucing-kucing tu macam tu je. So dia bawaklah balik rumah.

Kucing
sumber: bh

Selain daripada hilang kucing, Sazry juga rugi hampir RM20,000 bila 2,500 collection figure dia musnah macam tu je. Sazry jugak tak dapat selamatkan 500 cincin batu yang dia kumpul sejak 2015 dulu. Haih sayangnya! 

My Japanese Film Tv Figurine Collection 1 By Beavers2010 D7Uuzaw
gambar hiasan

Tapi nasib baiklah dua ekor monyet yang Sazry bela dapat diselamatkan cepat-cepat oleh jiran dia sebab dorang ada kat luar rumah. Syukurlah…

“Saya terpaksa reda kerana kalau saya menangis bukannya boleh dapat semua itu kembali. Saya anggap ini adalah ujian yang Tuhan turunkan kepada saya,” kata Sazry.

Pihak bomba dapat aduan pasal kebakaran kat rumah Sazry dalam jam 4.30 pagi macam tu sebelum dorang padamkan kebakaran yang jugak libatkan lima rumah lain. Setakat ni mangsa selamat dan tak ada kecederaan tetapi 21 penduduk yang terlibat semuanya tinggal sehelai sepinggang. Aduhai…

Semoga mereka yang terlibat terus tabah hadapi dugaan ni. Siapa yang berkemampuan tu bolehlah tolong keluarga mangsa ni. 

Baca: “Atuk, Nenek dan Dua Adik Saya Dibunuh dan Mati Dalam Kebakaran….”

Bakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.