in

Kedai Makan & Food Delivery Boleh Boleh Buka Sampai Waktu Sahur – MKN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sidang media harian PKP hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah bersetuju untuk membenarkan semua restoran, kedai makan dan perkhidmatan penghantaran makanan melanjutkan perniagaan mereka sehingga waktu sahur sepanjang bulan Ramadhan.


Ia berikutan dengan berbagai-bagai permohonan daripada peniaga, rakyat mengenai keperluan untuk membeli makanan untuk bersahur, terutamanya yang melibatkan warga bujang.

“Selepas mengambil kira semua pandangan serta keperluan khususnya orang-orang bujang dan lain-lain untuk mendapatkan makanan bersahur, maka mesyuarat bersetuju iaitu semua restoran, warung, gerai, kedai makan atau coffee house di hotel kedai makanan segera atau perkhidmatan penghantaran dibenarkan melanjutkan operasi mereka sehingga waktu sahur iaitu pukul 6 pagi atau mengikut waktu yang ditetapkan syarat lesen berikut.”

Sebelum ini operasi di restoran ataupun kedai makan atau warung dihadkan sehingga pukul 12 malam daripada 6 pagi sehingga 12 malam atau mengikut syarat lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 

Baca : Gerai, Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Akan Ditutup Jika Tak Ikut SOP! – MKN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.