in

Gerai, Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Akan Ditutup Jika Tak Ikut SOP! – MKN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan kenyataan mana-mana gerai yang beroperasi dalam dalam bazar Ramadan dan Aidilfitri atau bazar itu sendiri akan disuruh tutup jika gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan


Itu syarat yang dikenakan kepada peniaga bazar yang dikeluarkan oleh MKN.

Waktu operasi adalah antara jam 3 petang hingga 8 malam bagi bazar Ramadan, dan 10 pagi hingga 12 tengah malam bagi bazar Aidilfitri.

Selain itu, peniaga di bazar Ramadan hanya boleh menjual makanan dan minuman, manakala bazar Aidilfitri hanya dibenarkan menjual barangan kering.

 

Peniaga

Seterusnya, penganjur perlu pastikan ada kawalan keluar masuk pelanggan dengan penjarakan satu meter dan menanda tempat beratur, dan peniaga serta pengunjung wajib memakai pelitup muka ketika berada di bazar.

Cecair pembasmi kuman pula perlu disediakan di pintu masuk dan keluar bazar, manakala penganjur perlu menyediakan kod QR MySejahtera atau buku pendaftaran kehadiran manual. Pengunjung wajib menggunakan MySejahtera atau buku berkenaan.

Peniaga dan pelanggan yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius tidak dibenarkan masuk.

Bagi pemakaian peniaga, wajib pakai pas khas disediakan penganjur, memakai pelitup muka dan apron pakai buang plastik untuk bazar Ramadan.

Digalakkan memakai face shield dan sarung tangan plastik pakai buang.

 

Keselamatan

Kawalan lalu lintas, keselamatan dan kebersihan akan diuruskan antara pihak berkuasa tempatan (PBT), RELA dan pihak penganjur bazar, dan tumpuan diberikan di laluan keluar masuk serta sekitar bazar.

Sementara, proses sanitizing akan dilakukan tiap hari menurut MKN.

MKN turut mensyaratkan penganjur menyediakan pelan lokasi yang menunjukkan susun atur, tanda jarak dan penunjuk arah serta menentukan kedudukan petak gerai yang memastikan kawalan peniaga dan pengunjung serta pematuhan SOP MKN.

Manakal PBT pula perlu menentukan tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri, memantau pematuhan SOP MKN dan kesihatan makanan secara berterusan, serta menutup gerai atau bazar jika gagal patuhi SOP

 

Baca : Syarat Pematuhan 30% Work From Home Bagi Sektor Swasta Dibatalkan 1 April Ini  – MKN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.