Korang ingat lagi tak drama Boys Over Flowers (BOF)? Kalau korang ingat, min nak tanya antara keempat-empat ahli F4 tu, mana satu favourite korang?
Selain watak Goo Jun Pyo, mesti ramai yang crush dekat Yoon Ji Hoo, ‘second lead’ kesayangan ramai tu. Watak yang dilakonkan oleh aktor popular Kim Hyun Joong itu telah membuat namanya menjadi sebutan ramai masa tu! Siapa je tak kenal dia kalau sebut drama BOF ni?
Selain drama ini, Hyun Joong juga terkenal dengan watak Baek Seung Jo dalam drama Playfull Kiss. Namun, satu kontroversi telah melanda dirinya selepas itu sehingga menyebabkan dia kurang aktif dan pernah ‘menghilang’ daripada industri.
Pun begitu, baru-baru ini dia telah mengumumkan satu berita baik yang telah mengejutkan para peminatnya. Tak disangka-sangka, Hyun Joong ni dah nak kahwin!
Menurut Soompi, aktor ini telah mengumumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi dengan pasangannya. Dilaporkan juga cinta hatinya itu bukan dalam kalangan rakan selebriti. Ramai yang menganggap mereka sebagai ‘best friend couple’ kerana dikatakan mereka telah lama saling mengenali antara satu sama lain.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana…Saya dah buat keputusan untuk habiskan masa hidup saya dengan seseorang yang sentiasa ada dengan saya di kala waktu susah,” katanya ketika berkongsikan berita gembira itu dengan para peminatnya semalam ketika konsert Words I Want To Say.
Selain itu, dia juga bersyukur diberikan peminat yang sentiasa ada bersamanya ketika waktu dia jatuh. Jadi, dia ingin berkongsikan berita gembira tersebut bersama para peminatnya sebagai hadiah atas sokongan mereka sepanjang kariernya dalam industri.
Satu kenyataan daripada pihak agensi Kim Hyun Joong juga telah dikeluarkan semalam berkenaan berita ini. Dikatakan juga, disebabkan isu pandemik Covid-19 yang masih melanda seluruh dunia termasuk Korea Selatan ini, pasangan tersebut membuat keputusan untuk tidak mengadakan apa-apa majlis bagi meraikan perkahwinan mereka.
Tak buat majlis pun takpe lah asalkan diorang bahagia, mesti fans pun tumpang bahagia juga, betul tak?
Baca: Dianggap Wedding of The Year, Ini Kisah Cinta Park Shin-hye & Choi Tae-joon Yang Ramai Tak Tahu!