in

Kecoh Pusat Mengundi Penuh Hantu!

Page Hantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Kecoh Pusat Mengundi Penuh Hantu!
Loading
/

Okay gaissss bersyukurlah masa mengundi hari tu takde hantu. Sebab dekat pusat mengundi yang ini penuh hantu! No kidding!


Baru-baru ni, pilihan raya serantau telah diadakan di Indonesia bagi menentukan pemimpin mereka. Walaupun event itu menjadi bualan rakyat di sana, tapi apa yang lebih hebat diperkatakan ialah apabila pusat pengundian di Kampung Randasuri, Bandar Semarang, Jawa Tengah siap diset up bertemakan hantu. 

2 8
sumber: facebook

Apa yang lebih menyeramkan ialah perkampungan ni terletak dekat je dengan bekas tapak tanah perkuburan. Seram!

Menurut Coconuts, pusat pengundian itu menampilkan hiasan dalaman yang bertemakan hantu dan kalau nak tau, pegawai yang bertugas pun siap pakai costume hantu macam kuntilanak dan pocong. Sportingnya.

3 4
sumber: facebook

So, sebenarnya ada sebab disebalik pusat pengundian dibuat bertemakan hantu ni. Pegawai tempatan kata ia adalah satu inisiatif nak tarik orang ramai untuk datang mengundi.

Selain itu, pusat pengundian bertemakan hantu ni pun dapat dijayakan sebab penduduk setempat sama-sama menghulurkan wang bagi membeli hiasan serta costume memandangkan kerajaan hanya memberikan wang untuk keperluan basic pusat pengundian sahaja.

1 7
sumber: facebook

Oh ye, rupanya ada lagi satu pusat pengundian terletak di Kupang yang mendirikan pusat pengundian mereka bertemakan World Cup pulak! Wah, bestnyeeee!

Nampaknya masing-masing pun mempunyai strategi tersendiri dalam menarik lebih ramai penduduk untuk datang mengundi. Harap mereka dah memilih yang terbaik demi masa depan.

Best jugak kalau buat macam ni kat Malaysia.

Baca: Ada Hantu! Wanita Buat Kejutan ‘Ubah’ Anak Jadi Annabelle di Teluk Cempedak

Pageanna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.