
Admin rasa dah lama jugak kita tak dengar cerita tentang kes buli di kalangan pelajar sekolah. Ingatkan budak-budak ni dah belajar daripada pengalaman lepas, bahana bila membuli budak lain di sekolah. Rupa-rupanya tidak…
Baru-baru ni, viral di Facebook video seorang budak sekolah telah dibuli oleh beberapa orang rakan sekelasnya di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Jerteh. Sakit hati admin bila tengok perangai budak sekor-sekor ni!
“Suka hati korang bantai dia ye”
Menerusi video di Facebook tersebut, seorang budak lelaki memakai baju t-shirt pengakap dilihat telah ditendang dan dipukul oleh dua ke tiga orang rakan sekelasnya yang memakai baju T Kadet Remaja Sekolah.
Meskipun berkali-kali diganggu dan dipukul, budak sekolah rendah ni nampak tenang dan tidak melawan sedikit pun! Uish tinggi tahap kesabaran adik ni.
Disebabkan tindakan budak tersebut, ramai yang memujinya dan ada juga geram sebab dia kelihatan seperti ‘batang pisang’ yang membiarkan dirinya sengaja dipukul budak-budak tersebut.

“Yang buli tu berkopiahhhh… Kaki tu kalau dapat kat aku, patah aku buat”
Part yang buat ramai netizen panas hati ialah budak yang jadi ‘ketua’ membantai pelajar kat atas tu siap pakai kopiah di kepala lagi. Tapi perangainya tak mencerminkan gaya kopiah yang dipakai. Aduhai!
Baca: “Kau berhenti sini” – Pemandu Bas Rapid Biadap, Buli Budak Sekolah Tak Bagi Berhenti Kat Rumah