in

“Macam puzzle yang sempurna” – Penonton Filem Misteri Dilaila Terkejut, Tak Sangka Rupanya Ada 2 Ending Berbeza

Misteri Dilaila V1V2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin boleh kerat jari lah, kalau filem yang dikeluarkan oleh adik beradik Syamsul dan Syafiq ni mesti meletop habis! Kalau dulu si abangnya, Syamsul Yusof dah pecah panggung dengan Munafik 2. Kali ni si adik pulak buat kejutan tak disangka-sangka dengan filem Misteri Dilaila.


Menerusi perkongsian tweet Rekomen Filem, individu ini telah mendapat info rupanya filem Misteri Dilaila lakonan Zul Ariffin dan Elizabeth Tan ni ada dua ending! Whaaattt!

Giphy 2

 

“Dah macam Black Mirror: Bandersnatch la pulak” 

Sebelum korang teruskan pembacaan, admin nak ingatkan yang artikel ni ada spoiler alert! 

Bagi yang sudah menonton Misteri Dilaila, korang mesti dah dapat ura-ura yang mengatakan filem ni ada dua ending. Menurut status Facebook yang dikongsikan tweet di bawah ni, Misteri Dilaila ada dua ending berbeza yang ditayangkan panggung wayang berbeza.

Contoh kalau TGV tayang ending 1, GSC pulak akan tayang ending 2. Bagi MBO, dorang akan tayang kedua-dua ending tapi ikut luck koranglah yang dapat ending yang mana satu. Fuyooo! Ini benda baru ni. 

Dilaila

Dz778 Gx0Aekgy2

Dz778 Rxgaav7Hl
sumber: facebook

 

Netizen beri 8 ke 9 bintang, ibaratkan Misteri Dilaila bagai puzzle yang sempurna

Admin sempat jugak jenguk di page Movie Addict dan hashtag #MisteriDilaila akan review yang diberikan kebanyakan penonton. Rata-rata penonton sangat berpuas hati dan memberikan 8 ke 9 bintang pada filem ni. Tahniah Syafiq Yusof! 

Dilaila 1

52451575 2217620414968666 1786317696300744704 N

Dilaila 2
sumber: facebook
Twist
sumber: twitter

Wah another level ya filem Misteri Dilaila ni! Lepas ni mesti cinema luar negara tiru gaya Syafiq Yusof.

So korang tengok ending yang mana? Cer citer sikit dengan admin. Apa-apapun admin rasa dua-dua ending memang da bomb kan! 

Baca: “Trailer dah pancing teruk ni!” – Netizen Teruja Nak Tengok Filem Terbaru Syafiq Yusof, Misteri Dilaila.. Ada Lizzy Tau!

Dilaila Misteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.