Kecewa Badan Gatal & Penuh Bintik Digigit Pepijat Tapi Hotel Syak Tetamu Bawa Dari Pakaian?

Tambah ke Sumber Pilihan
Kecewa Badan Gatal & Penuh Bintik Digigit Pepijat Tapi Hotel Syak Tetamu Bawa Dari Pakaian?

Memang spoiled mood bila bercuti kalau tempat yang kita pergi tak seperti yang dijangkakan kan?

Baru-baru ni, seorang wanita yang menginap di sebuah hotel di Jalan Besar Singapura telah meluahkan kekecewaannya selepas dia dan rakannya digigit oleh pepijat.


Menurut Mothership, seorang wanita memuat naik insiden yang menimpa dirinya di Facebook, mengatakan yang dia telah menempah hotel tersebut melalui AirBnB selama dua malam selepas membuat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura.

Pada malam pertama, wanita ini telah terjaga dari tidur selepas tak boleh berhenti menggaru badannya. Pada keesokan harinya, wanita ini dan rakannya menemui dua pepijat dan salah satunya dah penuh dengan darah.

287272845 10161746755098976 8242831758756535049 N

Tak cukup dengan itu, bintik-bintik merah juga mula naik pada badan dia dan rakannya sehingga menyebabkan wanita ini mula membuat aduan kepada pihak hotel tersebut.

Pihak hotel ini kemudiannya meminta maaf atas kejadian yang menimpa mereka dan membuat tawaran untuk tukarkan mereka ke bilik lain.

Selain itu, pekerja di hotel tersebut turut memanggil pest control untuk memeriksa dan membersihkan bilik tersebut serta menawarkan khidmat basuh baju kepada mereka.

289291293 10161747998353976 1471143843383149461 N

Selepas tukar ke bilik baru, wanita ini sekali lagi mendakwa yang mereka temui lagi pepijat di atas katil serta bintik-bintik di badan juga semakin banyak.

Wanita ini turut mengatakan selepas check out, mereka terpaksa pergi ke dobi untuk membasuh semua pakaian mereka.

Kami terpaksa buat banyak benda, bazir masa dan wang. Saya tak tahu macam mana hotel ni boleh dapat sijil bersih dari kerajaan.”

Selain itu, wanita ini turut mengatakan walaupun pekerja di sana melayan aduan mereka dengan baik, mereka tak dapat balik pulangan penuh atas insiden yang menimpa mereka.

Tak ada telur pepijat ditemui, mungkin tetamu bawa sekali dengan pakaian mereka

288838628 10161746756008976 7550720166441489142 N

Menjawab dakwaan yang dibuati, St Signature mengatakan yang mereka telah pun melayan aduan yang dibuat oleh tetamu mereka ini dan turut memberikan servis membasuh baju secara percuma sebanyak dua kali selepas pelanggan itu membuat aduan bajunya tak kering dengan betul.

Tak cukup dengan itu, pihak hotel ini turut memanggil pest control untuk membersihkan bilik tersebut dan mengatakan yang mereka sering memeriksa kebersihan bilik mereka.

Tambah ST Signature lagi, selepas menerima aduan, pihak pest control hanya menemui dua pepijat dewasa tanpa telur dan mengesahkan ini hanya kes terpencil kerana tak ada pepijat lain ditemui di premis.

Oleh itu, pihak hotel percaya yang tetamunya itu telah membawa pepijat ke hotel mereka mungkin melalui beg pakaian.

Selain itu, ST Signature turut memberitahu yang pelanggannya itu tidak meminta wang ganti rugi kepada mereka dan hanya membuat review di AirBnB dan Facebook.

Bagaimanapun, pihaknya telah pun memberikan semula pulangan wang sepenuhnya kepada pengadu tersebut.

Ada kemungkinan jugak dorang dapat bed bugs ni dari tempat lain macam dalam bas ke?

Baca: Gadis Derita Digigit Pepijat Ketika Menaiki Bas Ekspres Dari Hat Yai ke Kuala Lumpur

Screenshot 2022 06 30 At 2.36.59 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nadia Ghafar
Lagi tulisan Nadia

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kecewa Badan Gatal & Penuh Bintik Digigit Pepijat Tapi Hotel Syak Tetamu Bawa Dari Pakaian?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kecewa-badan-gatal-penuh-bintik-digigit-pepijat-tapi-hotel-syak-tetamu-bawa-dari-pakaian/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM