Kalau pergi bercuti dekat mana-mana, tak kisahlah tempat tu murah atau mahal yang penting sekali kebersihan kena tip top. Sebab tu kalau min pilih tempat, mesti akan tengok review dulu kalau tak menyesal tak sudah…
Pun begitu, kadang-kadang tu bila kita dah buat research pasal sesuatu tempat dan pilih tempat yang rating tinggi tapi bila sampai tak macam expectation kita, apa yang korang rasa?
Macam baru-baru ni, seorang netizen telah kongsikan pengalaman buruknya ketika menginap di salah sebuah hotel di Alor Setar, Kedah.
“Toilet lid masih ada bekas najis”
Menurutnya, dia memilih Hotel S***** ini kerana rating yang tinggi dan ada award dari aplikasi tempahan hotel.
Malangnya, apabila dia sampai ke dalam bilik tersebut, semuanya hanya indah khabar dari rupa…
Upon arrival, tengok sink toilet lid tu masih ada bekas najis. Tissue toilet yang sudah basah sampai kering disediakan. Floor mat tak bertukar, bekas kotoran berlumuran dekat floor mat.
Sarung bantal bau kepala orang, jelaslah bilik tu tidak dibersihkan sebaik-baiknya.”
Tambahnya lagi, masa nak tidur dia lihat comforter ada kesan kotoran warna merah tapi bila nak buat aduan, housekeeping dah balik dan hanya tinggal pengawal keselamatan.
Suruh tukar bilik tapi dah 11 malam, mengantuk tahap gear 5. Ending2 kami terpaksalah berblanket kan blanket nipis disediakan oleh pak guard.”
Netizen ini kemudiannya menasihati pengurus hotel supaya jangan pandang sebelah mata tentang hal kebersihan.
Bukan nak expect lebih-lebih. Just nice and clean room untuk mandi dan tidur dan memadai. Biarlah duit bayar hotel tu worth every cents, barulah business diberkati.”
Betullah tu, bayar mahal ke murah ke kita memang expect dorang sediakan tempat yang bersih. Bayar kot!
Sumber: mStar
Baca: Budaya ‘Spot Check’ Di Hotel, Ada Warganet Minta Jangan Dibuat Di Sarawak?