in

“Kecam orang sendiri kerana orang luar?” – Gara-gara Claim BTS Berahli 8 Orang, Aliff Satar Teruk Kena Kecam Tapi…

Kecam Lah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang tengok rancangan Big Stage semalam, peserta Han Byul telah menarik perhatian ramai dengan menyanyikan lagu bahasa ibundanya sendiri yang bertajuk Boy with Luv daripada kumpulan BTS.


Namun dalam pada orang kecoh dan terkesima dengan persembahan Han Byul ni, timbul cerita yang pengacara Big Stage, Aliff Satar telah dikecam army BTS beramai-ramai kerana kenyataannya yang kata lagu tersebut telah dinyanyikan oleh 8 orang.

Seperti yang army BTS tahu, kumpulan BTS ni terdiri daripada 7 orang dan bukannya 8 orang.

 

“8 orang. 7 BTS + 1 Halsey = 8. So it’s 8 technically” 

Namun tuduhan dan kecaman army BTS nampaknya tak berasas langsung sebab dorang sebenarnya tak faham dengan apa yang cuba disampaikan Aliff.

Rupanya Aliff Satar cakap 8 orang sebab ahli kumpulan tersebut 7 orang dan dicampur dengan seorang lagi penyanyi iaitu Halsey. Aduh korang ni… buat malu je! Kesian Aliff kena kecam pulak.

Jye

Sumber: Instagram

 

“Sila bahas, Boys With Luv berapa orang nyanyi…” 

Walau bagaimanapun, mujurlah Aliff Satar ni sejenis yang tak cepat melatah. Dia dalam satu posting dalam Instagramnya hanya berkata dengan nada bergurau meminta netizen bahaskan sama ada 7 atau 8 orang yang menyanyikan lagu Korea itu. Chill betul Aliff ni ye! 

View this post on Instagram

reaksi bila geng2 BTS kecam kau bila kau cakap “lagu ni 8 orang nyanyi tau” … ? sila bahas, Boy with luv berapa orang nyanyi. #BigStage

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Apa-apapun min tetap salute Aliff sebab dia pengacara yang baik dan buat homework tau bila nak menjalankan tugasnya tu. 

Baca: “Kenapa ko tak puas hati?” – Wanita Dikecam Netizen Sebab ‘Bitter’ Tengok Tokti Bagi Komen Han Byul Dalam BM

Hb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.