in

“Kazim bukan jenis meminta, tapi…”

Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, entri pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias mendapat perhatian ramai kerana ibarat memberi gambaran bahawa Bangunan Tahfiz Darul Barakah miliknya akan ditutup.


Isu ini dikuatkan lagi apabila terdapat entri di Mudah.my yang mengiklankan Kompleks Darul Barakah yang terletak di Manjol, Perak itu dijual pada harga RM5,000,000.

Uk
sumber: utusan

Menurut mStar, abang Ustaz Kazim, Datuk Najmuddin Elias menjelaskan bahawa hanya bangunan yang menempatkan pelajar tahfiz sahaja akan diserahkan kepada pengurusan baru. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan kos operasi pusat pengajian berkenaan.

“Setiap bulan kos mencecah hampir RM180,000. Keadaan kesihatan Kazim pula sudah tidak seperti dulu, ceramah pun tak banyak.”

“Perubahan ini tidak akan menjejaskan pelajar tahfiz sebaliknya hanya akan bertukar pengurusan baharu sahaja, tapi saya pun tak pasti lagi”

Img 31108379729948
sumber: blog

Sementara itu, Najimuddin turut berharap agar ada yang akan memberikan sumbangan supaya kelangsungan pusat tahfiz itu tidak terjejas.

“Kazim ni bukan jenis meminta. Dia akan usahakan sendiri semuanya. Namun jika anda yang bermurah hati, saya harap akan ada yang membantu.

“Sekiranya Darul Barakah bertukar pengurusan sekali pun, saya juga berharap agar Kazim boleh dilantik sebagai penasihat supaya ia kekal berjalan seperti biasa.”

Melalui sidang media yang diadakan sebentar tadi di Dewan Annuar Mat Taib, Pusat Pendidikan Al Barakah, Ipoh, Perak, Ustaz Kazim menjelaskan bahawa selepas viral mengenai hal ini, banyak pihak yang dah tampil untuk membantu seperti agensi Yayasan serta kerajaan negeri.

Po
sumber: facebook

Beliau turut menjelaskan bahawa mereka akan berbincang dulu dengan pihak-pihak ini dan seterusnya akan membuat sidang media yang lain bagi mengumumkan kata putus.

“Kalau dah deal, akan serah kepada pihak lain tetapi sekiranya ada pihak yang nak membantu, ianya sangat dialu-alukan. Tetapi, sekiranya tiada, satu unit akan ditutup.”

Jelas Ustaz Kazim lagi, beliau hanya mahukan pusat tahfiz tersebut untuk terus beroperasi seperti biasa dan berharap tiada sekatan ke atasnya untuk berceramah oleh mana-mana pihak bagi memastikan kelangsungan pusat tahfiz itu memandangkan ianya ditanggung sepenuhnya oleh beliau.

Harap kita sama-sama dapat membantu dan menjadikan bantuan ini sebagai saham kita di akhirat nanti.

Baca: Nak Tutup Sekolah Tahfiz

Img 4259 2 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.