in

Situasi COVID-19 Di Malaysia Jadi ‘Pengajaran’ Di Indonesia

Cats 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, negara Malaysia pernah menjadi contoh dalam mengendalikan pandemik COVID-19 oleh negara luar. Malah, Malaysia pernah diiktiraf sebagai antara lima negara terbaik yang mengawal pandemik ini.

Kini, Malaysia dijadikan sebagai contoh pengajaran oleh negara jiran kita sendiri, Indonesia.


Dalam satu kenyataan di Twitter, Kementerian Kesihatan Republik Indonesia menyifatkan kenaikan kes secara mendadak di Malaysia dan India sebagai satu pengajaran buat rakyat mereka.

“Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama.”

“Masyarakat diimbau untuk semakin ketat menerapkan protokol kesehatan 3M dan mengurangi mobilitas ke luar rumah apabila tidak mendesak.”

Kementerian Kesihatan negara itu juga menasihati rakyatnya agar berwaspada dan sentiasa berada di rumah.

Untuk sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Indonesia menasihati rakyat mereka agar melakukan aktiviti ibadah dan kerja dari rumah sahaja, demi keselamatan keluarga.

Untuk rekod, ciapan tersebut adalah kenyataan daripada Menteri Kesihatan Indonesia, Dr Siti Nadi Tarmizi.

Beliau turut menjelaskan dua faktor utama penyebab lonjakan kes di Eropah dan India adalah disebabkan kerana ada mobiliti (pergerakan) tinggi dan varian baru virus COVID-19.

 

Sumber: KemenkesRI

BACA: Polis Perak Periksa Kadar Tol Untuk Kesan Cubaan Rentas Negeri Ketika Aidilfitri

Cats 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.