“Kau ingat tu Armin van Buuren ke” – Terbahak Lihat Minah Salleh Ni Menari ‘Enjoy’ Dengar Kompang Pengantin

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebagai orang tempatan pasti sejuk mata kita memandang apabila ada orang dari luar negara datang untuk merasai budaya kita.

Kadang-kadang rasa terhibur bila melihat sikap mereka yang ingin tahu ni, ya lah berbeza dengan budaya mereka pasti terpinga-pinga bila melihat sesuatu yang baru. Suka ada, nak tergelak pun ada bila tengok video yang Eny Rafael ni kongsikan.

 

Hahahaha kau ingat lagu renjis renjis tu lagu Armin Van Buuren ke. Kemain layan”

Mungkin wanita dari negara barat ini terpegun dengan lagu kompang yang dimainkan sampai menari-nari dibuatnya. Ya lah, menari macam tengah enjoy dalam kelab tapi muzik kompang, itu yang nampak kelakar tu, tapi comel!

Bagaimanapun, rakyat Malaysia ni bersikap terbuka, mereka suka melihat gelagat seorang ‘minah salleh’ ni terhibur dengan bunyi kompang tu.

Bukan itu sahaja ada juga netizen yang kongsikan seorang warga Australia yang suka berkaraoke bila ada kenduri.

 

Entah lah sekali-sekala terfikir juga macam mana boleh datangnya pergerakan macam tu. Nasib lah yang tukang rakam ni jenis boleh kawal perasaan, kalau admin rasanya dah gelak depan-depan dah. 

 

Baca : “Aku pun macam ni” – Netizen Terhibur Tengok CCTV Wanita ‘Kantoi’ Menari Bila Dalam Lift Berseorangan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.