in

Berus Gigi Jari & Seluar Napkin Antara 11 Ciptaan Pelik Tapi Berguna Di Jepun

Feature 3 6 E1625978133767

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau melancong ke negara luar contohnya Jepun, mesti ramai yang tak akan lepaskan peluang untuk borong sakan barang-barang yang boleh dijadikan buah tangan. Namun, tahukah anda, Jepun juga terkenal dengan pelbagai inovasi yang dilihat pelik bagi sesetengah orang namun sebenarnya berguna?


Jom tengok 11 ciptaan pelik tapi bermanfaat gila untuk korang.

#1 Seluar Napkin 

Menurut laman web Kickvick, seluar ini direka untuk mereka yang malas nak bawa kain napkin atau tisu setiap kali keluar. Hebat jugak ni, kadang-kadang tu leceh pulak nak cari tisu atau pun terlupa nak bawak tisu bila keluar.

Seluar

Jadi, napkin telah disediakan di belakang bahagian seluar ni. So, kita boleh lap tangan kat belakang seluar je. Korang berani tak nak pakai seluar ni kat tempat awam? 

#2 Berus Gigi Jari 

Produk ini pula sesuai sangat untuk korang yang mengalami masalah lenguh tangan setiap kali memberus gigi. Pengguna hanya perlu memasukkan jari ke lubang yang disediakan untuk berus gigi. Namun, ada juga yang kata berus ini sebenarnya digunakan untuk memberus gigi haiwan peliharaan.

Berus Gigi

#3 Tali Leher Payung 

Produk ni pula amat berguna kalau korang sering terlupa nak bawa payung ketika hujan. Payung ini dicipta dalam bentuk tali leher jadi pengguna boleh pakai je tie ni macam biasa. Bila cuaca hujan, boleh bukak je tie tu.

Payung 1

#4 Banana Keeper 

Pernah tak korang stres sebab buah pisang yang dibawa dalam beg untuk breakfast di office lenyek sebab terlalu banyak barang? Ha, banana keeper ni lah penyelamat masalah buah korang tu.

Pisang

Menurut Mashable, ia akan mengekalkan bentuk pisang walaupun dah ditindih dalam beg laptop.

#5 Mikrofon Bisu 

Sekali tengok, mungkin ada yang ingat benda ni adalah hairdryer. Namun, ia merupakan Noiseless Karaoke Mute Mic 2 yang direka untuk mereka yang suka karok di rumah tapi takut nyanyian korang yang ‘merdu’ tu mengganggu jiran.

Mic 1

#6 Usb Pendrive Takoyaki 

Produk ni memang terbaik kalau korang ada maklumat rahsia yang perlu disorokkan daripada pengetahuan ramai. Beli je takoyaki dekat kedai dan sorokkan pendrive ‘takoyaki’ ni di antara makanan yang lain.

Takoyaki

Realistik jugak ‘takoyaki’ ni kan, siap ada lelehan sos lagi tu!

#7 Reusable Bubble Wrap 

Ramai yang teruja setiap kali abang Pos Laju datang ketuk pintu untuk hantar parcel korang sebab nak tekan bubble wrap sampai bunyi pop-pop tu.

Popop

Memandangkan bubble wrap tu boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar kalau tak dilupuskan dengan betul, orang Jepun dah cipta portable and reusable bubble wrap, lapor The Travel. So, korang boleh bawa dan main benda ni seberapa banyak nak korang nak! 

#8 Seluar Aircond 

Dalam banyak-banyak produk, min rasa yang ni paling function! Disebabkan negara kita ni kan panas, seluar ada efek sejuk ni memang berguna terutamanya untuk korang yang kena kerja di bawah terik matahari.

Seluar 1

Jangan risau tentang electric shock sebab difahamkan Kuchofuku Cooling Pants Z-500K ni menggunakan fabrik khas yang melindungi si pemakai daripada renjatan elektrik statik. Ia juga menggunakan bateri biasa yang diletakkan di bahagian poket tepi so, pengguna boleh berjalan dengan selesa.

#9 Napkin Wajah 

Kalau korang risau bukaan mulut ketika makan boleh menyebabkan korang dilihat seperti makan bersepah, napkin wajah ni boleh selesaikan masalah. Menurut Daily Mail, napkin yang dikenali sebagai The Liberation Wrapper ini dicipta oleh sebuah restoran burger di Jepun, Freshness Burger.

#10 Periuk Kacau Sendiri 

Sesiapa yang teringin nak ada magic macam dalam filem Harry Potter boleh try guna periuk ni sebab ia menggunakan konsep fizik iaitu inertia air untuk memanaskan sesuatu makanan dengan lebih cepat.

#11 Tangan Palsu 

Tangan palsu ini dicipta untuk melindungi jari korang ketika memotong bahan masakan. Jadi, tak payah takut-takut dah nak guna pisau tajam lepas ni.

Pisau 1

Berguna jugak invention dorang ni kan. 

Sumber: Ripley’s, Kickvick.com, Daily Mail, Mashable, The Travel.com

Baca: “Yuck I cannot brain” – Ini 10 Gambar X-Ray Barang Pelik Yang Pernah Ditemui ‘Tertinggal’ Dalam Lubang Dubur!

Barang Pelik

Sumber: Kickvick
Sumber: Kickvick
Sumber: Ripley's
Sumber: Daiso Japan
Sumber: Kickvick

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.