in

“Kalau anak jadi pencuri, aku tak terkejut” – Netizen Terkejut Lihat Bapa Selamba ‘Curi’ Patung Boboiboy Bagi Anak Main

Curi Curi Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau mahu anak mempunyai sikap dan keperibadian yang baik, ibu bapa kat luar sana mestilah tunjukkan contoh yang baik kan? Bukannya mencuri dan bagi pulak mainan yang dicuri tu kepada si anak untuk main.


Perkara inilah yang viral baru-baru ni di Twitter apabila seorang bapa dilihat ambil mainan Boboiboy dari kaunter dan beri ia kepada si anak tanpa membayarnya. Wah selambanya… dia ingat free gift kot? 

 

“Dah la main ambik je patung Boboiboy tu kasi plak kat anak dia” 

Menerusi tweet yang dikongsikan netizen bernama Aqil, lelaki yang bertopi hitam ni dengan selambanya dilihat ambil 2 patung permainan Boboiboy dan beri ia kepada 2 orang anaknya tanpa membayarnya! 

https://twitter.com/aqilzainii/status/1161436032601997312

 

“Definisi pandai buat anak je. Ingat tu kedai abah dia?” 

Rata-rata netizen especially mereka yang pernah bekerja sebagai cashier memang sakit hati betul lihat tindakan relaks dan selamba si bapa tersebut. Sudahlah beri ajaran buruk pada anak-anaknya kan.

Haduh… lepas tu yang paling kesian si cashier tu pulak kena bayar ganti rugi. Patung tu RM18 satu tau! Mahal weh! 

Anak Curi
sumber: twitter

 

“Maybe dia tak tahu. Maybe dia rasa benda tu free untuk diambil” 

Curi
sumber: twitter

Apa-apapun mencuri atau tersalah ambil ke, admin sarankan mereka kat luar sana untuk bertanya dulu dengan staf yang bertugas sebelum main ambil je benda yang berada di kaunter. Yelah mungkin kita tak ada niat, tapi bila dah jadi macam ni kan salah. Tak pasal anak main mainan curi. 

Baca: “Memalukan negara” – Dua Anggota PDRM Kantoi Curi Seluar Dalam Rakan Sekerja

Malu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.