Baru-baru ni, ramai orang Indonesia berasa insaf selepas menonton filem seram terbaru dorang, Siksa Neraka. Disebabkan tu, ia menarik perhatian netizen Malaysia untuk pergi menonton filem tersebut yang mampu membuatkan orang berubah ke arah lebih baik.
Akan tetapi, kita telah dikecewakan apabila filem tu telah diharamkan di pawagam Malaysia atas sebab-sebab tertentu. Tapi, korang jangan risau sebab ada banyak lagi filem Indonesia yang sama ngerinya dengan Siksa Neraka seperti filem-filem dekat bawah ni.
1. Waktu Maghrib
Siapa sangka, waktu Maghrib pun boleh dijadikan cerita seram. Ia merupakan idea dari pengarah filem ni, Sidharta Tata yang menampilkan barisan pelakon popular seperti Ali Fikry, Bima Sena, Nafiza Fatia Rani dan Aulia Sarah.
Kisahnya, masyarakat di sebuah perkampungan percaya akan mitos di mana pada waktu Maghrib akan ada banyak makhluk ghaib berkeliaran yang mampu mengancam nyawa manusia.
Namun begitu, dua watak utama tak percaya akan mitos tersebut menyebabkan banyak perkara seram berlaku pada dorang sehingga menimbulkan ketakutan dan kekacauan pada penduduk kampung.
2. KKN di Desa Penari
Filem seram ni pula bukan saja menggegarkan pawagam Indonesia malah Malaysia juga. Dikatakan, cerita ni adalah berdasarkan kisah benar yang pernah trending di X negara tersebut pada suatu ketika dulu.
Ia menceritakan tentang sekumpulan mahasiswa yang menjalankan Kuliah Kerja Nyata (KKN) di sebuah perkampungan terpencil yang penuh dengan misteri dan berhantu. Namun, disebabkan dorang melanggar pantang larang ketika berada di sana, dorang terpaksa berdepan dengan kemarahan hantu penari yang bukan saja menggerunkan watak malah penonton sekali!
Artikel berkaitan: “Tak boleh buat gambaran ghaib” – Filem Seram Indonesia ‘Siksa Neraka’ Kena Banned Di Malaysia?
Artikel berkaitan: Mak Nyah Kembali Ke Pangkal Jalan Selepas Habis Menonton Filem Siksa Neraka
3. Pengabdi Setan
Dari pengalaman min sendiri, filem ‘Hamba Setan’ ni memang penuh dengan adegan menyeramkan! Ia merupakan filem arahan pengarah seram terkenal, Joko Anwar yang merupakan remake dari filem original pada tahun 1980. Menariknya, ia juga dibintangi salah seorang pelakon hebat negara, Bront Palarae yang memegang watak sebagai bapa.
Ia berkisarkan tentang sebuah keluarga yang menghadapi kesulitan kerana watak ibu yang dilakonkan Ayu Laksmi telah ditimpa penyakit misteri selama bertahun-tahun. Tidak disangka dorang, penyakit tersebut merupakan akibat daripada tindakannya yang bersekutu dengan kumpulan ajaran sesat.
Sejak itulah, dorang sekeluarga terkena tempiasnya dengan mangsa yang paling banyak diganggu merupakan anak bongsu dorang.
4. Suzzanna: Bernafas Dalam Kubur
Kalau korang tak dapat tengok Siksa Neraka, korang memang patut tonton filem ni! Sebabnya, ia diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Anggy Umbara. Menariknya, ia menampilkan seorang jelitawan Indonesia, Luna Maya yang berlakon sebagai watak hantu.
Dikatakan, filem ni dibuat bagi ‘melahirkan semula’ seorang pelakon legenda negara tersebut yang mendapat gelaran ‘Ratu Filem Seram Indonesia’ iaitu Suzzanna Martha Frederika van Osch.
Untuk pengetahuan korang, filem ni mengisahkan tentang Suzzanna yang telah dibunuh oleh empat orang pekerja suaminya di mana mayatnya ditanam di belakang rumahnya. Namun begitu, peristiwa seram mula menimpa dorang apabila Suzzanna dilihat hidup pada keesokan harinya demi membalas dendam terhadap dorang.
5. Mata Batin
Filem seram kali ni pula menceritakan tentang seorang perempuan bernama Abel yang mendakwa dirinya mampu melihat roh di rumahnya. Namun begitu, kakaknya, Alia yang dimainkan oleh Jessica Milla tak percaya dengan Abel lalu meminta bantuan pakar paranormal untuk merawat adiknya itu.
Akan tetapi, lama-kelamaan, mata batinnya juga turut terbuka dan mampu menyaksikan roh-roh di sekelilingnya. Pada masa yang sama, dorang berdua turut diganggu malah disakiti hantu-hantu tersebut.
Bagi korang yang minat misteri dan seram, korang memang patut layan movie ni yang pastinya akan buatkan korang takut untuk tidur pada waktu malam.
6. Qodrat
Filem ni pula mengisahkan tentang seorang ustaz lakonan Vino G. Bastian yang menguasai ilmu ruqyah dan pakar dalam merawat orang yang dirasuki makhluk halus. Tapi, apa yang sedihnya, dia sendiri tak mampu menyembuhkan anaknya yang dirasuki iblis bernama Assuala.
Jadinya, dia buat keputusan untuk pulang ke Pesantren Kahuripan di perkampungan Kober iaitu tempatnya menuntut ilmu tersebut. Akan tetapi, keadaan kampung tersebut turut kacau bilau disebabkan pelbagai iblis sejak dia pergi dari situ.
Uniknya filem ni, ia banyak memaparkan adegan melawan iblis tidak seperti filem-filem seram tipikal yang pernah ditayangkan dulu.
7. Perempuan Tanah Jahanam
Dari tajuknya pun dah kedengaran seram, inikan pula filemnya! Ia menceritakan tentang Maya yang baru saja terlepas dari pembunuhan. Setelah itu, dia pulang ke kampung halamannya untuk mengunjungi rumah yang diwariskan kepadanya.
Namun begitu, kehadirannya tak disenangi penduduk kampung. Ternyata, kampung tu telah disumpah dan satu-satunya cara untuk membatalkan sumpahan tu adalah dengan membunuh Maya.
Oleh itu, bermulalah aksi kejar-mengejar antara dorang di samping penampakan hantu yang menambahkan keseraman filem ni. Pada masa yang sama, misteri tentang masa lalu Maya sedikit demi sedikit telah terungkai.